Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Kuat kuasa undi 18 tahun pada PRU15 – Pemuda Gerakan

Mac 13, 2021

KUALA LUMPUR, 12 Mac  — Perwakilan Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mahu penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wong Chia Zhen berkata penguatkuasaan tersebut termasuk pendaftaran pemilih secara automatik.

“Harap-harap boleh jadilah.Tetapi saya dimaklumkan terdapat beberapa negeri masih belum meluluskan rang undang-undang negeri yang mengizinkan pemuda dan pemudi menyertai proses demokrasi (undi) itu,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional Parti Gerakan ke-33, malam ini.

Beliau berkata parti sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) itu komited terhadap pembinaan persekitaran politik yang stabil di negara ini dan berpendapat ia hanya wujud melalui komitmen yang berterusan dengan Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai tahun ini.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi