Siaran Akhbar

Hentikan Rayuan Jabatan Peguam Negara Berkaitan Isu Kewarganegaraan Automatik Kepada Bayi..

Okt 16, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap kerajaan menghentikan rayuan Jabatan Peguam Negara terhadap kes kewargenegaraan automatik kepada bayi yang dilahirkan oleh wanita Malaysia luar negara.

Menurut Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengikut perlembagaan dalam Perkara 2 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh di dikriminasi.

“Malah Perkara 7 juga menyatakan hak untuk mendapatkan kewarganegaraan dan Perkara 8 menyatakan hak untuk mengekalkan identiti kanak-kanak termasuk kerakyatan.

“Selain itu, Artikel 9(2) Konvensyen mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW)juga menjelaskan kewarganegaraan anak-anak yang dilahirkan oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat parti.

Pada masa yang sama, GERAKAN merakamkan ucapan tahniah terhadap kejayaan Malaysia kerana memenangi pengundian negara-negara untuk menduduki 1/18 kerusi dengan 183 undian pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi penggal 2022-2024.

Dalam perkembangan mengenai berita palsu vaksinasi, Dominic Lau Hoe Chai menyokong tindakan Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaludin menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan berita palsu, kerana kes ini telah menimbulkan ancaman bagi keselamatan kesihatan awam.

Malah Parti GERAKAN akan menubuhkan kumpulan pemantaun untuk mengawasi berita-berita palsu terutamanya berkaitan vaksin.

“Pasukan pemantau ini juga akan berusaha untuk memberi kefahaman kepada golongan-golongan sebegini dengan menggunakan fakta yang sahih.

“Pada masa yang sama pasukan ini akan memberi kerjasama sepenuhnya memberi maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)” jelasnya.

Presiden Nasional GERAKAN
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

GERAKAN VP: Promote Unity, Respect Diversity

GERAKAN VP: Promote Unity, Respect Diversity

GERAKAN Vice President, Datuk Parameswaran, emphasizes the need for inclusive religious guidelines that do not create unnecessary divisions. He calls on all leaders to uphold justice, unity, and mutual respect while ensuring that religious policies align with both constitutional values and Malaysia’s multicultural society.

baca lagi
消除歧视,促进团结,共创和谐社会

消除歧视,促进团结,共创和谐社会

民政党副主席拿督巴拉米斯华南敦促政府确保新宗教指南能够促进族群和谐,而非加深种族隔阂。他强调,各族应相互尊重,避免制造不必要的壁垒,政治领袖更应以开放态度处理种族与宗教议题,推动国家团结与社会稳定。

baca lagi