Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Tak setuju dengan MB Kedah berkenaan pelarian rohingnya

Apr 26, 2022

Mok tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Sanusi yang mengatakan bahawa lebih 500 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari pusat tahanan tidak akan mengancam keselamatan rakyat. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini yang berpunca daripada mereka ini, adakah beliau akan bertanggungjawab?
Mok membidas Sanusi kerana memberi gambaran bahawa pelarian Rohingya tidak akan mengancam keselamatan rakyat ketika keharmonian negara dalam keadaan tidak berapa memuaskan. Sebaliknya apa yang perlu beliau lakukan adalah bekerjasama dengan polis dan Jabatan Imigresen di mana beliau sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Penguatkuasaan Unit Undang-undang Negeri Kedah untuk menyelesaikan masalah dengan kadar segera.
Mok berkata, ia bukan di bawah kawalan Sanusi sama ada pelarian Rohingya akan mengancam keselamatan penduduk kampung atau tidak. Apabila rakyat berasa bimbang, beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan remeh seperti itu secara sambil lewa.
Mok berkata, Gerakan tidak boleh menerima pandangan Sanusi iaitu bagaimana beliau boleh tahu bahawa pelarian tersebut tidak akan mengancam keselamatan rakyat?
“Pendapat Sanusi bukan sahaja tidak membina, tetapi juga tidak memahami keseluruhan kejadian yang berlaku. Beliau memberikan pandangan ‘ikut kepala dia sahaja’ dan tidak mengambil tindakan praktikal untuk menyelesaikan masalah itu.”
Beliau menasihatkan Sanusi agar tidak mengeluarkan kenyataan yang memualkan hanya untuk meraih populariti, sebaliknya perlu menyelesaikan masalah itu dengan tindakan yang praktikal dalam usaha memastikan keselamatan orang ramai.
Gerakan seru PRK Gerik dan DUN Bugaya diisytihar darurat

Gerakan seru PRK Gerik dan DUN Bugaya diisytihar darurat

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menyembah dan marayu Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan di...

baca lagi

Hidupkan semula MIB

Hidupkan semula MIB

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menghidupkan kembali Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB)

baca lagi