Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Tak setuju dengan MB Kedah berkenaan pelarian rohingnya

Apr 26, 2022

Mok tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Sanusi yang mengatakan bahawa lebih 500 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari pusat tahanan tidak akan mengancam keselamatan rakyat. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini yang berpunca daripada mereka ini, adakah beliau akan bertanggungjawab?
Mok membidas Sanusi kerana memberi gambaran bahawa pelarian Rohingya tidak akan mengancam keselamatan rakyat ketika keharmonian negara dalam keadaan tidak berapa memuaskan. Sebaliknya apa yang perlu beliau lakukan adalah bekerjasama dengan polis dan Jabatan Imigresen di mana beliau sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Penguatkuasaan Unit Undang-undang Negeri Kedah untuk menyelesaikan masalah dengan kadar segera.
Mok berkata, ia bukan di bawah kawalan Sanusi sama ada pelarian Rohingya akan mengancam keselamatan penduduk kampung atau tidak. Apabila rakyat berasa bimbang, beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan remeh seperti itu secara sambil lewa.
Mok berkata, Gerakan tidak boleh menerima pandangan Sanusi iaitu bagaimana beliau boleh tahu bahawa pelarian tersebut tidak akan mengancam keselamatan rakyat?
“Pendapat Sanusi bukan sahaja tidak membina, tetapi juga tidak memahami keseluruhan kejadian yang berlaku. Beliau memberikan pandangan ‘ikut kepala dia sahaja’ dan tidak mengambil tindakan praktikal untuk menyelesaikan masalah itu.”
Beliau menasihatkan Sanusi agar tidak mengeluarkan kenyataan yang memualkan hanya untuk meraih populariti, sebaliknya perlu menyelesaikan masalah itu dengan tindakan yang praktikal dalam usaha memastikan keselamatan orang ramai.
Gerakan masih belum temui PM bincang soal kerusi

Gerakan masih belum temui PM bincang soal kerusi

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) masih berteka-teki dan enggan memberi bayangan tentang waktu yang sesuai untuk pihaknya mengadakan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata,...

baca lagi
Lima mangsa kebakaran dibantu

Lima mangsa kebakaran dibantu

KOTA BHARU – Nasib lima mangsa terlibat dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Kelochor, Sabtu lalu mendapat perhatian Parti Gerakan di peringkat nasional dan negeri.

baca lagi