Siaran Akhbar

Siasat Semula Kes Babitkan TPM Ahmad Zahid Hamidi.

Sep 12, 2023

Ketua Penerangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam dalam kenyataan pada pagi ini menyoal Kerajaan apakah tindakan susulan dalam isu ‘dilepas tanpa dibebaskan’ melibatkan Ahmad Zahid Hamidi yang sekaligus menidakkan 47 kes pecah amanah dan rasuah Yayasan Akal Budi. Kerajaan dilihat seolah-olah ‘demi kekal berkuasa’, kini berbisu dan menjadikan keluhuran reformasi yang dilaung-laungkan sebagai tanda soal.

Tambah beliau, berikutan kes ini melibatkan seseorang yang berpangkat tinggi dalam sistem eksekutif dan menduduki jawatan kedua tertinggi dalam Kerajaan, maka adalah penting untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bebas bagi menyiasat setiap tuduhan yang dilontarkan terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes tersebut.

Wendy Subramaniam juga menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan dalam mengekalkan keyakinan rakyat terhadap sistem dan ketelusan Kerajaan. Amat jelas pada hari ini, rakyat kurang senang dengan permohonan DNAA dan pelepasan YAB Ahmad Zahid Hamidi, maka dalam usaha mengekalkan keyakinan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan, GERAKAN mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan RCI (Royal Commission of Inquiry) untuk menyiasat 47 kes babitkan TPM dan Yayasan Akal Budi.

Wendy Subramaniam yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung GERAKAN mengingatkan Kerajaan bahawa slogan reformasi perlu diikuti dengan tindakan dan bukan dijadikan sebagai propaganda politik semata-matanya.

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi