Siaran Akhbar

GERAKAN membantu Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut turun berkempen

Mei 3, 2024

KENYATAAN MEDIA (KKB)
3 MEI 2024

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bersama pemimpin GERAKAN lain membantu Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut turun berkempen di sekitar Kampung Air Panas, Kerling pagi tadi.

Sambutan yang diterima daripada penduduk di situ yang merupakan majoriti masyarakat Cina sangat baik dan rata- rata penduduk mengadu tentang masalah yang dihadapi oleh mereka sejak beberapa penggal DAP menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Kuala Kubu Bharu (KKB).

Selepas mendengar keluhan penduduk, pada sidang media Dominic Lau menjelaskan, negara kita sedang menghadapi pelbagai masalah dalaman dan luaran, dan tidak ada keikhlasan dalam menyelesaikannya oleh kerajaan Anwar.

Beliau berkata, antara isu yang kebanyakkan dibangkitkan penduduk sekitar adalah kenaikan harga barang, kejatuhan ringgit, dan kekurangan beras dan terlu serta keperitan hidup zaman Kerajaan Madani.

“Sebelum pilihan raya, Pakatan Harapan (PH) buat macam-macam janji selepas pilihan raya, mereka lupakan semuanya”

Pada Oktober tahun lalu, seorang pemimpin PH berkata, “Selagi Pakatan Harapan kembali berkuasa dalam kerajaan pusat, rakyat Singapura akan datang ke Malaysia bekerja sebagai pekerja asing, bukannya lagi rakyat Malaysia pergi ke Singapura untuk bekerja sebagai pekerja asing.”

“Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga saya pada masa kini, sekarang lagi ramai rakyat Malaysia pergi Singapura bekerja. Dulu majoriti ialah orang Cina, sekarang orang Melayu dan India semakin ramai” katanya pada sidang media hari ini di Kampung Air Panas, Kerling.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan mengapa bajet 2025 yang di jangka dibentangkan pada Oktober tahun ini dan peliknya bulan ini Kerajaan Madani mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lima bulan lebih awal. Bukankah perkara ini perlu mendapat kelulusan?

Inilah Kerajaan Anwar Ibrahim PH dan Barisan Nasional (BN) menggunakan apa saja kuasa yang ada sebagai Kerajaan demi mengekalkan kuasa dan kepentingan parti politik.

Selain itu, menjawab soalan wartawan, Dominic Lau berkata apa sahaja isu atau fitnah yang dilemparkan oleh pihak lawan dalam tempoh PRK ini menandakan mereka risau akan kalah.

“Apa yang paling penting sekarang adalah kemenangan calon PN Khairul Azhari Saut pada Pilhanraya Kecil KKB kali ini”

“Kami tidak kira tak sama macam BN atau pihak sebelah sana, parti mana yang bertanding itu adalah keputusan bersama dan semua akan bantu sepenuhnya demi kemenangan PN” tegasnya.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi