Siaran Akhbar

Adakah ini perpaduan diperjuangkan Kerajaan Pulau Pinang?

Jul 17, 2024

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengutuk kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa kurang sensitif terhadap budaya Melayu dalam klip promosi untuk Festival Seni George Town (GTF) yang ke-15. Menurut Dato’Sri Chandra A/L Balabedha Ketua Biro Perpaduan , klip promosi tersebut telah menyakiti perasaan masyarakat Melayu yang merupakan bumiputera dan majoriti kaum di Malaysia.

GERAKAN menegaskan bahawa dalam masyarakat yang berbilang budaya, representasi yang sesuai bagi semua budaya dan tradisi adalah sangat penting. Sebagai acara budaya awam, festival seni seharusnya mencerminkan semua elemen budaya utama di Malaysia iaitu budaya Melayu.

Lebih mengecewakan, sehingga kini Ketua Menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri belum memberikan maklum balas rasmi mengenai isu ini. Setakat ini, hanya Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Balik Pulau, Dato’ Azrul, serta penganjur Festival Seni George Town yang telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan memberi maklum balas berkenaan.

GERAKAN berpendapat bahawa dalam negara yang berbilang kaum, setiap kumpulan harus mengekalkan sensitiviti dan penghormatan antara satu sama lain. Sebagai kumpulan etnik terbesar di Malaysia, budaya Melayu tidak seharusnya diabaikan dalam klip video promosi rasmi yang bertaraf nasional.

Tindakan sedemikian perlu kutuk sekeras-kerasnya kerana yang boleh menimbul masalah perkauman. Selain itu boleh memberi tanggapan kepada masyarakat Melayu bahawa Kerajaan Pulau Pinang mahu menghakis secara perlahan adat dan budaya masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Ini tidak boleh dibiarkan.

GERAKAN juga menyatakan bahawa klip promosi Festival Seni George Town telah disiarkan lebih dari dua bulan tanpa disedari sebarang masalah, sehinggalah baru-baru ini aduan dibuat yang menarik perhatian dan mendedahkan isu tersebut.

Dalam merancang dan mempromosikan aktiviti budaya awam, kerajaan negeri harus menunjukkan tahap sensitiviti dan penghormatan yang tinggi terhadap pelbagai budaya. Khususnya, dalam klip promosi rasmi, kerajaan negeri harus melakukan semakan yang ketat.

Berhubung dengan ketidakpuasan yang dinyatakan oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang mengenai kekurangan elemen budaya, seni, dan warisan Melayu dalam klip promosi Festival Seni George Town, Gerakan berpendapat bahawa kritikan tersebut adalah positif. Sebagai maklum balas komuniti, kritikan sebegini mencerminkan harapan dan tuntutan persatuan tersebut terhadap kandungan program seni komuniti.

Dato’Sri Chandra A/L Balabedha
Ketua Biro Perpaduan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi