Berita Gerakan

28 calon PN PRN Melaka akan tandatangani aku janji perangi rasuah

Nov 12, 2021

SHAH ALAM, 11 Nov — Kesemua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani aku janji sebagai komitmen memerangi rasuah.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selari dengan pendirian yang didukung gabungan itu untuk menentang salah guna kuasa dan rasuah serta akan memberi layanan yang adil kepada semua pihak.

“Ini adalah jaminan  PN dan jaminan yang sama untuk rakyat Melaka. Untuk menunjukkan kita komited perangi rasuah, kita telah sediakan aku janji dan calon perlu menandatangani aku janji ini dalam sehari dua.

Ini untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan yang dibentuk selepas 20 Nov ini adalah Kerajaan PN Melaka dengan dasar yang diamalkan berteraskan kepada prinsip yang saya jelaskan tadi,” katanya pada Program Pentas PRN Melaka PN yang diadakan di sini malam ini.

Program yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai turut disiarkan menerusi Facebook rasmi Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata selain itu, manifesto PN bagi PRN berkenaan akan diumumkan dan diperincikan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Pagoh dalam pada itu berharap  agar sedikit kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) PRN Melaka diberikan dengan membenarkan calon untuk bertemu pengundi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata susulan SOP khas PRN yang ketat, beliau menggesa agar semua calon yang bertanding diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen bagi memperkenalkan diri masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

— BERNAMA

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi