Berita Gerakan

54 pemimpin Gerakan lafaz ikrar bebas rasuah

Ogo 30, 2021

KUALA LUMPUR – Seramai 54 pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Wanita Pusat melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Isnin.

Majlis secara maya diketuai Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor.

Dominic dalam satu kenyataannya memaklumkan, IBR berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti berkenaan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara.

“Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini.

“Gerakan berikrar untuk menghapuskan rasuah, berintergriti dan menghindari hasad dengki serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi,” kata Dominic dalam kenyataan itu pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, barisan kepimpinan juga sedang meneliti penyertaan Gerakan dalam Piawaian Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MS ISO 37001:2016 oleh International Standard Organization (ISO) sebagai rangka penilaian pelaksanaan, penyelenggaraan, dan penambahbaikan sistem pengurusan anti rasuah dalam parti.

Dominic berkata, penyertaan parti Gerakan dalam memperoleh Pensijilan MS ISO 37001:2016 membuktikan komitmen parti itu yang teguh melawan sebarang unsur berkait dengan rasuah dan penyelewengan.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi