Berita Gerakan

Pasakkan prinsip ‘kita anak Malaysia’

Feb 6, 2020

KUALA LUMPUR – Prinsip kita anak Malaysia perlu ditanam dalam diri setiap rakyat bagi membuang perasaan kebencian antara kaum seterusnya memperkukuhkan perpaduan rakyat di negara ini.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau berkata, prinsip itu mesti ada dalam diri setiap rakyat jika negara mahu maju dan mencapai misi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Menurutnya, prinsip itu turut menjadi pegangan partinya kerana ia medium penyatuan Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum, agama dan budaya.

“Kita semua adalah anak Malaysia. Gerakan tidak membezakan bangsa, agama dan budaya. Asalkan lahir di Malaysia, kita adalah anak Malaysia.

“Kita tidak larang orang untuk mempertahankan kepentingan kaum, agama dan budaya masing-masing tetapi dalam membela hak masing-masing semua pihak perlu menjaga perasaan kaum, agama dan budaya yang lain. Inilah yang kita kata prinsip anak Malaysia,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian di Menara Gerakan di sini baru-baru ini.

Cabaran

Dominic berkata, menerusi prinsip itu, aspek persamaan harus diketengahkan kerana ia akan menyatukan semula hati rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau mengakui tugas mengekalkan perpaduan adalah satu cabaran besar kerana kemajmukan masyarakat yang dimiliki.

“Jika satu bangsa nak bersatu pun susah, memang satu cabaran besar untuk kekalkan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya di Malaysia tetapi perpaduan boleh dicapai jika ada sifat saling menghormati,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan kempen #Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni yang digerakkan Sinar Harian tepat pada masanya.

Kempen itu diperkenalkan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub bulan lalu untuk mengajak semua pihak supaya bersama-sama membuang kebencian antara kaum dan mengembalikan semula keharmonian negara.

Dominic berkata, kempen berkenaan digerakkan pada saat berlakunya perpecahan dalam masyarakat kerana segelintir ahli politik yang menggunakan isu perkauman dan agama untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Gerakan memang sokong kempen #Uninstall Kebencian: Reboot #MalaysiaHarmoni demi mengembalikan semula keharmonian kerana kalau tidak ada keharmonian dalam negara kita, susah untuk kita jadi negara maju dan capai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Ditanya mengenai sikap ahli politik yang mempergunakan isu perkauman dan agama, Dominic memberitahu, segelintir pemimpin membangkitkan isu itu kerana ia cara yang mudah dan cepat untuk dapatkan perhatian rakyat.

“Kita sedih keadaan ini berlaku di negara kita. Ia situasi yang tidak sihat dan ia juga tunjukkan tahap kematangan politik kita perlu ditingkatkan lagi,” katanya.

Pupuk Perpaduan

Dominic berkata, kerajaan boleh berusaha memupuk semula perpaduan kaum menerusi pelbagai cara yang tidak berkaitan dengan kaum, agama dan budaya termasuk menerusi acara sukan.

Dengan mengambil kisah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang bertanding pada Kejohanan Badminton Dunia di Scotland pada tahun 2017 untuk memburu impian sebagai juara dunia, katanya, semua rakyat Malaysia bersatu hati memberi sokongan kepada Chong Wei meskipun beliau gagal memperoleh gelaran tersebut.

“Semua rakyat beri sokongan kepada Chong Wei tanpa ambil kira dia orang Cina ke apa. Semua sokong dia. Jadi perkara ini (perpaduan) perlu dipupuk kerana akhirnya ia memberi kebanggaan kepada negara. Semangat perpaduan itu juga perlu dipupuk bermula dari rumah.

“Ibu bapa perlu pupuk semangat itu dari dalam diri anak-anak. Cara untuk pupuk semangat itu bukan secara teoretikal sahaja tetapi menerusi praktikal maksudnya bawa mereka bercampur dengan masyarakat pelbagai kaum atau ajarkan mereka tentang agama, bangsa dan kebudayaan di Malaysia,” katanya.

Menyentuh mengenai pemilihan 13 Mei 2020 sebagai kemuncak kempen meraikan Malaysia harmoni, beliau berpendapat pemilihan tarikh itu ada pro dan kontra yang tersendiri.

Katanya, kempen tersebut perlu dilakukan secara konsisten dalam mengubah pemikiran orang ramai kerana tarikh tersebut diingati sebagai tarikh berlakunya rusuhan kaum.

Dalam pada itu, sebagai usaha menyemai prinsip kita anak Malaysia dalam diri rakyat, Dominic mencadangkan agar kerajaan menghapuskan kolum bangsa dalam borang permohonan di peringkat jabatan kerajaan.

Katanya, ia seperti yang dilakukan Gerakan menerusi borang permohonan keahlian parti mereka yang tiada ruangan bangsa.

“Dengan prinsip kita anak Malaysia, jika rakyat ke luar negara dan ada warga asing tanya kita bangsa apa kita akan bangga untuk jawab kita adalah anak Malaysia,” katanya.

 

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi