Berita Gerakan

PN Pahang dilancar, Saifuddin Abdullah pengerusi

Mac 27, 2021

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi.

Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, mesyuarat penubuhan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra malam tadi, juga bersetuju melantik tiga naib pengerusi masing-masing daripada Bersatu, Pas dan Gerakan.

“Mereka ialah Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Jabar, Pengerusi Gerakan Pahang Ranndy Yap Kim Heng dan Timbalan Ketua Bersatu Pahang Lt Kol (PA) Mohd Yazid Mohd Yunus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk Balok Makmur di Masjid Balok Makmur di sini hari ini.

Lantikan lain ialah Setiausaha Bersatu Pahang Mohd Arhan Mohd Saludin sebagai Setiausaha PN Pahang, dibantu oleh Setiausaha Perhubungan Pas Pahang Hassanuddin Salim sebagai penolong setiausaha, manakala Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Pahang Zakaria Abdul Hamid selaku setiausaha pengurusan.

Ketua Penerangan Pas Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Mohd Tarmizi Yahaya, dilantik sebagai Ketua Penerangan PN Pahang dibantu dua naib ketua iaitu Ketua Bersatu Bahagian Rompin Datuk Abdul Khalib Abdullah dan Bendahari Gerakan negeri Chan Chee How.

Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia Salamiah Mohd Nor pula menjawat jawatan sebagai Ketua Wanita PN Pahang, manakala naib ketua ialah Faizah Baharom (Bersatu) dan Cheong Lai Chee (Gerakan).

Ketua Pemuda PN Pahang pula ialah Nurul Qamar Abdul Latib (Bersatu) dengan dua naib iaitu ADUN Tahan Mohd Zakhwan Ahmad Badardin (Pas) dan Goh Tee Loong (Gerakan).

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, mesyuarat penubuhan PN juga bersetuju melantik dua wakil daripada setiap parti sebagai ahli jawatankuasa dengan Bersatu diwakili Ketua Bahagian Cameron Highlands Dr Abdul Rasid Mohamed Ali dan Pemangku Ketua Bahagian Lipis Datuk Mohamad Shahrum Osman.

Pas pula diwakili oleh ADUN Beserah Andansura Rabu dan Md Jusoh Darus manakala Datuk B.Sri Chandra dan Yee Liu Wei mewakili Gerakan selaku AJK PN Pahang.

— BERNAMA

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi