Berita Gerakan

Gerakan Lancar Petisyen Bantah Projek Terowong Dasar Laut

Jul 9, 2020

9 JULAI: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang melancarkan satu petisyen dalam talian bagi mengumpul tandatangan orang ramai untuk membantah projek terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, tindakan ini dilakukan bagi membantah sikap kerajaan negeri Pulau Pinang yang berdiam diri dalam isu ini di mana projek terowong itu tiada manfaatnya buat rakyat tetapi membawa keuntungan kepada konsortium terlibat sahaja.

“Petisyen ini bertujuan untuk menunjukkan ketidakpuashatian terhadap sikap kerajaan negeri Pulau Pinang yang berdiamkan diri dalam isu ini terutamanya laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama yang bernilai RM350 juta itu yang telah ditangguhkan sejak tahun lepas.

“Namun, pemaju telah mendapat keuntungan dalam projek ini sebelum terowong itu dibina dengan menggunakan tanah tambakan laut yang seluas 110 ekar yang bernilai pasaran sebanyak RM2.8 bilion yang diberi oleh kerajaan negeri untuk membina projek perumahan,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Gerakan Pulau Pinang, hari ini.

Tong Keong memberitahu, rakyat berhak mengetahui status perkembangan laporankebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama yang bernilai RM350 juta itu.

“Perkara yang tidak dapat diterima oleh rakyat adalah sebelum laporan itu disiapkan, kerajaan negeri sudah tidak sabar untuk menyerahkan hak tanah kepada pemaju dan menggunakan lapan hari untuk meluluskan projek pembangunan kondominium mewah oleh pemaju di tanah tambakan tersebut.

“Ini satu perkara yang sangat luar biasa. Hal ini demikian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan hanya menggunakan lapan hari untuk meluluskan projek perumahan itu, kecekapan MBPP itu amat menakjubkan, agensi itu mungkin merupakan kerajaan tempatan yang paling cekap di Malaysia dalam meluluskan projek perumahan,” katanya secara sinis.

Namun,Tong Keong menambah, kerajaan Pulau Pinang bersikap sombong dan enggan menjawab pertanyaan yang diutarakan pihaknya.

“Setelah EWEIN memutuskan untuk menarik diri daripada projek pembangunan bersama Consortium Zenith Construction, rakyat Pulau Pinang tertanya-tanya adakah ia akan mempengaruhi projek terowong dasar laut?

“Projek pembangunan belum bermula tetapi konsortium sudah mendapat keuntungan. Yang mengejutkan adalah konsortium yang terlibat itu tiba-tiba menarik diri tetapi projek terowong dasar laut itu masih belum ada perkembangan. Inilah yang tidak dapat diterima oleh rakyat,” jelasnya.

Tong Keong turut mendakwa sepanjang 12 tahun Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri itu, mereka telah menjual banyak tanah dan tidak memberi manfaat kepada rakyat seperti 110 ekar tanah tambakan laut yang memanfaatkan konsortium melalui projek terowong dasar laut.

“Ini hanya menjadikan orang kaya menjadi lebih kaya. Tanah-tanah ini terutamanya yang dijual kepada konsortium untuk pembangunan perumahan yang mahal hanya menguntungkan pelabur tertentu dan bukannya rakyat Pulau Pinang.

“Jumlah tanah yang telah dijual itu adalah seluas 5446.8 ekar dan hanya 1.7 ekar digunakan untuk pembangunan perumahan kos rendah dan perumahan kos sederhana rendah,” katanya.

Justeru itu, pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu itu walaupun pihak kerajaan negeri didakwanya bersikap sombong.

“Sebaliknya kami akan terus memantau perkembangan projek ini dan prestasi kerajaan negeri. Dengan ini, kami melancarkan petisyen dalam talian ini untuk memprotes tindakan yang diambil kerajaan negeri Pulau Pinang dalam mengendalikan projek terowong ini,” katanya.

“Pihaknya mengalu-alukan semua rakyat Pulau Pinang yang mencintai negeri kami menyertai kempen kami dengan menandatangani petisyen ini melalui laman sesawang http://chng.it/WgdTcddp,” katanya.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi