Siaran Akhbar

Perutusan khas Presiden Nasional GERAKAN sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

Mei 12, 2021

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2021

Salam Sejahtera kepada

Pemimpin-pemimpim seperjuangan Parti GERAKAN

Ahli-ahli Parti GERAKAN

Serta seluruh rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian.  Saya doakan semuanya sihat walafiat.

  1. Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam yang akan meraikan Sambuatan Hari Raya Aidilfitri pada esok pagi. Walaupun kita dikejutkan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan 3.0 atau PKP, ia tidak mematahkan semangat untuk rakan-rakan seperjuangan dan rakyat Malaysia menyambut hari raya.
  2. Saya memahami dan sedar akan kesulitan yang berlaku pada rakyat apabila diumumkan PKP 3.0 sekaligus tidak boleh merentas negeri serta dearah. Saya juga mengetahui Hari Raya merupakan hari yang istimewa pada umat Islam selepas sebulan berpuasa. Malah ia juga merupakan hari untuk saling bermaaf-maafan dan berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara.
  3. Namun diharapkan semua rakyat bersabar dan menerima dengan hati terbuka kerana tindakan yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk kebaikan kita bersama kerana angkat kes COVID-19 direkodkan melebihi hampir mencatat 4,000. Ini penting bagi mengekang penularan COVID-19.
  4. Mengenai kontroversi baru-baru ini tentang sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE), saya berharap pemimpin-pemimpin yang menentang, janganlah mengelirukan rakyat. Walaupun premis-premis yang disenaraikan dalam sistem ini bukan kluster baru, tapi senarai ini adalah senarai kelopok yang berpotensi dan memerlukan tindakan pencegahan segara untuk membendungnya. Ini merupakan langkah-langkah awal yang pihak kerajaan boleh dibuat demi keselamatan and kesihatan rakyat. Saya juga menyerukan orang ramai patuhilah SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
  5. Untuk pengetahuan, Parti GERAKAN dan kerajaan sekarang bertungkus lumus demi memastikan negara kita kembali seperti biasa.
  6. Sama ada golongan bujang, berkeluarga, golongan kelas menengah, para petugas barisan hadapan, para pelajar dan mahasiswa serta seluruh lapisan masyarakat, saban hari pihak kerajaan mengikuti dengan rapat keadaan yang berlaku bagi memastikan ikhtiar bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasaran.
  7. Usaha-usaha pihak kerajaan diteruskan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dan menyediakan program perlindungan sosial yang komprehensif untuk memastikan golongan rentan dan berpendapatan rendah tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara. Ini dibuktikan melalui Belanjawan 2021 yang telah memberikan tumpuan khusus kepada inisiatif-inisiatif membantu rakyat yang terjejas dengan pandemik COVID-19.
  8. Selain itu, di pihak GERAKAN juga kini pelbagai program yang telah dianjurkan demi memastikan rakyat Malaysia yang terjejas disebabkan pendemik COVID-19 dapat meneruskan kehidupan antaranya bantuan makanan kepada barisan hadapan, anak yatim, pemandu teksi, penduduk PPR dan penduduk-penduduk lain di seluruh negara.

Saudara dan saudari sekalian yang saya kasihi sekalian,

  1. Ia selari dengan prinsip Parti GERAKAN iaitu komited terhadap pendekatan bukan perkauman sebagai asas perjuangan dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.
  2. Malah, kerajaan Perikatan Nasional juga akan terus komited untuk melaksanakan visi Malaysia sebagai negara yang mampan, adil, saksama dan inklusif sekaligus meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu.
  3. Dengan ini saya sekali lagi mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional dan seluruh rakyat Malaysia.

PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA
12 MEI 2021

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi