Siaran Akhbar

DAP Pentingkan Persidangan Parlimen Daripada Memerangi Wabak COVID-19

Jun 9, 2021

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyoal dengan desakan veteran DAP YB Lim Kit Siang untuk mengembalikan persidangan Parlimen.

“Adakah kerana agenda politik peribadinya atau untuk penggulingan kerajaan sehingga dia tidak teragak-agak untuk menggunakan parlimen untuk mencapai propaganda murah? Saya ingin bertanya kepada Lim Kit Siang, adakah lebih penting untuk mengadakan persidangan Parlimen daripada memerangi wabak COVID-19?”

“Saya minta YB Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional untuk memerangi COVID-19. Janganlah menambahkan beban petugas barisan hadapan kita.” Katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau mengecam Lim Kit Siang cakap tak serupa bikin, bahawa hanya satu objektif untuk mengadakan persidangan Parlimen, iaitu ingin mengambil kesempatan untuk menguji kadar sokongan kerajaan Perikatan Nasional, bukannya untuk membincangkan memerangi wabak COVID-19 itu.

Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan sekatan pergerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, ia juga menunjukkan sistem kesihatan negara kita telah berada di tahap kritikal.

Sebagai contoh, setakat pada 9 Jun, jumlah kes baru COVID-19 masih kekal pada tahap lebih 5,000 kes. Sebanyak 6,239 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara mancapai 627,652 kes.

Selain itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh negara mencecah 104 peratus pada Ahad lepas.

“Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kita telah meningkat ke 627,652 kes. Mengapa Lim Kit Siang masih mahu mengadakan persidangan Parlimen? Adakah beliau tidak sedar bahawa wabak ini telah mengancam nyawa rakyat?”

Beliau berkata, semasa Pakatan Harapan sebagai kerajaan, isu ketidakhadiran yang tinggi dari menteri atau timbalan menteri di Dewan Rakyat telah dilaporkan oleh media. Ini telah menunjukkan bahawa menteri-menteri Pakatan Harapan sama sekali tidak peduli dan bahkan tidak bersedia untuk menghadiri persidangan Parlimen.

“Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen, mahupun DAP dan Lim Kit Siang pun tidak pernah mengecam ketidakhadiran menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan di persidangan Parlimen. Oleh itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng tidak layak untuk minta mengadakan persidangan Parlimen.”

Beliau juga menegur Lim Kit Siang sama ada dia menyedari bahawa mengadakan persidang Parlimen dengan tergesa-gesa pada ketika ini akan membahayakan kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.

Beliau berkata, kerajaan telah memberi jaminan agar persidangan Parlimen akan dipanggil dengan segera apabila tiba masanya yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021 nanti.

Dominic Lau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan DAP bersabar dan jangan menggembar-gemburkan isu persidangan Parlimen.

Beliau berpendapat bahawa nasihat dan pandangan pakar telah diperolehi oleh Kerajaan dari semua pihak yang berkenaan, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

“Apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah semua pihak fokus dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memerangi wabak COVID-19.”

Dominic Lau menegaskan bahawa Lim Kit Siang bukan pakar, jangan minta untuk mengadakan persidangan Parlimen ketika tidak memahami situasi wabak COVID-19.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi