Berita Gerakan

Sidang Parlimen: Kit Siang Mungkin Ada Niat Tersembunyi

Jun 9, 2021

9 JUN: Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan tindakan Veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendesak kerajaan mengadakan sidang Parlimen disaat negara masih sedang berperang dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Malah, beliau menjangkakan desakan sidang parlimen itu bukanlah semata-mata untuk membahaskan isu berhubung memerangi COVID-19 sahaja, namun mungkin ada niat tersembunyi mahu mengambil kesempatan untuk menguji sokongan Ahli Parlimen terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya ingin bertanya kepada Lim Kit Siang, adakah lebih penting untuk mengadakan persidangan Parlimen daripada memerangi wabak COVID-19?.

“Saya minta Yang Berhormat, Lim Kit Siang untuk bekerjasama dengan kerajaan PN untuk memerangi COVID-19. Janganlah menambahkan beban petugas barisan hadapan kita.” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Dominic menegaskan semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, isu ketidakhadiran yang tinggi dari menteri atau timbalan menteri di Dewan Rakyat telah dilaporkan media yang membuktikan menteri-menteri PH sama sekali tidak peduli bahkan tidak bersedia untuk menghadiri persidangan Parlimen.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu juga melahirkan perasaan tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen, mahupun DAP dan Lim Kit Siang pun tidak pernah mengecam ketidakhadiran menteri dan timbalan menteri PH di persidangan Parlimen.

“Oleh itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng tidak layak untuk minta mengadakan persidangan Parlimen.”katanya.

Beliau turut menegur Kit Siang apakah veteran DAP itu menyedari bahawa dengan mengadakan persidangan Parlimen tergesa-gesa ketika ini boleh membahayakan kesihatan ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.

Dominic berkata, kerajaan telah memberi jaminan agar persidangan Parlimen akan dipanggil dengan segera apabila tiba masa yang sesuai sama ada sebelum ataupun selepas Darurat ditamatkan pada 1 Ogos 2021 nanti.

“Saya juga mengingatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan DAP bersabar dan jangan menggembar-gemburkan isu persidangan Parlimen.

“Nasihat dan pandangan pakar telah diperolehi oleh Kerajaan dari semua pihak yang berkenaan, terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah semua pihak fokus dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memerangi wabak COVID-19.

“Lim Kit Siang bukan pakar, sebab itu beliau minta untuk mengadakan persidangan Parlimen kerana beliau tidak faham tentang situasi wabak COVID-19 di negara ketika ini, “tegasnya.

Sementara itu, Dominic memaklumkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membuktikan sistem kesihatan negara telah berada di tahap kritikal dan kerajaan kini lebih mengutamakan kebajikan rakyat serta mencari cara terbaik menangani pandemik COVID-19.

Tambah beliau, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan bahawa penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital KKM seluruh negara mencecah 104 peratus pada Ahad lalu.

“Sebagai contoh, setakat pada 9 Jun, jumlah kes baru COVID-19 masih kekal pada tahap lebih 5,000 kes. Sebanyak 6,239 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara mancapai 627,652 kes.

“Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kita telah meningkat ke 627,652 kes. Mengapa Lim Kit Siang masih mahu mengadakan persidangan Parlimen?

“Adakah beliau tidak sedar bahawa wabak ini telah mengancam nyawa rakyat, termasuk ahli parlimen juga?” soalnya.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi