Berita Gerakan

Kibaran bendera putih kegagalan wakil rakyat?

Jul 13, 2021

Fenomena kibaran bendera putih kini berleluasa semenjak dipopularkan di platform-platform media sosial yang mana rakyat yang tengah sengsara pada waktu pandemik Covid-19 mula mengibarkan bendera putih di depan rumah masing-masing tanpa mengira perasaan segan dan malu bagi  mendapatkan bantuan daripada penduduk sekitar supaya tampil  membantu mereka.

Sebenarnya kibaran bendera putih ini menggambarkan wujudnya golongan yang susah di kawasan-kawasan wakil rakyat masing-masing. Sekiranya kibaran bendera putih ini terlalu banyak di satu-satu kawasan, maksudnya wakil rakyat harus bekerja keras untuk mengenal pasti rakyat yang terjejas berikutan pandemik ini.

Sehubungan itu, wakil rakyat tidak perlu membanggakan diri dengan sekadar memuatkan gambar-gambar bendera putih di kawasan mereka malah ia menunjukkan pejabat wakil rakyat gagal mengenal pasti rakyat yang susah pada waktu pandemik ini.

Paling tidak, wakil rakyat perlu mengukuhkan hubungan dengan wakil-wakil penduduk di kawasan masing-masing agar mereka mengetahui keadaan rakyat di kawasan masing-masing. Hubungan dengan ketua-ketua komuniti setempat amat penting, tidak kira bangsa dan agama.

Kadang-kadang kita terkejut melihat satu-satu kes di mana penduduk  terpaksa hidup di dalam kereta kerana gagal membayar sewa. Lebih menyedihkan, ada yang bermasalah untuk membayar sewa kediaman dan sebagainya lalu mengambil keputusan membunuh diri.

Jadi, peranan wakil rakyat juga dipertikaikan di sini kerana sekiranya hubungan mereka kuat dalam kalangan masyarakat setempat, musibah seperti ini tidak akan berlaku kerana bunuh diri semakin meningkat di waktu pandemik ini.

Kita tidak mahu hanya jiran dan masyarakat setempat di satu-satu kawasan tampil cepat membantu mereka yang mengibarkan bendera putih. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap murah hati dan saling bantu-membantu tetapi pada masa sama tidak harus menenggelamkan tugas dan tanggungjawab wakil rakyat. Paling tidak, informasi berkenaan harus sampai di pejabat wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Setiap wakil rakyat harus merangka jawatankuasa pandemik yang tersendiri di kawasan masing-masing agar tiada penduduk sengsara yang terlepas pandang. Ini kerana setiap wakil rakyat perlu mempunyai pemahaman atau terdedah dengan maklumat yang tersebar luas dalam platform-platform media sosial bahawa sekiranya sesuatu kawasan itu dinaikkan bendera putih, ia bakal mengundang persepsi dalam kalangan rakyat bahawa wakil rakyat tidak menjalankan tugas dengan berkesan  dalam soal kebajikan rakyat. Ini yang akan dipertikaikan oleh rakyat, apatah lagi perkongsian maklumat di platform media sosial lagi cepat dan mampu meraih banyak sokongan.

Usaha kibaran bendera putih membuka ruang untuk kita membantu mereka yang sengsara pada waktu pandemik ini, malah boleh juga mengenal pasti bantuan-bantuan lain yang diperlukan seperti kemudahan tablet bagi pembelajaran dalam talian pelajar-pelajar miskin dan juga membantu mereka yang terdedah kepada faktor emosi, tekanan serta murung yang memerlukan bantuan kaunseling.

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi