Siaran Akhbar

Lawan Anak Muda Tertipu Dengan Demontrasi Bermotif Politik!

Ogo 1, 2021

 

Pagi ini sekumpulan anak muda berkumpul untuk berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Tahniah anak muda, atas keberanian dan kekentalan untuk melaksanakan hak demkrasi anda untuk turun ke jalan raya. Tahniah juga kepada pihak berkuasa kerana melindungi hak kebebasan bersuara dan membenarkan demonstrasi aman dijalankan secara lancar.

Demonstrasi #KeluarDanLawan ini dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) secara maya dirancang dengan amat tersusun, bermula dari sebuah saluran di Telegram yang bertajuk #Lawan Malaysia. Saluran telegram ini dimulakan pada July 14 dan telah berjaya mengumpul sebanyak 6 ribu ‘subscriber’ dalam tempoh masa dua minggu. Saluran tersebut memobilisasikan anak muda yang turun berhimpun dengan mengeluarkan arahan segera semasa demonstrasi diadakan.

Namun, dengan kes jangkitan harian Covid-19 mencecah 17,000 sehari secara berturut-turut, saya percaya ini bukanlah masanya untuk keluar berdemonstrasi. SSR mendakwa kononnya kerajaan ini “hanya akan faham bahasa #Lawan dan bahasa jalan raya”. Betulkah kerajaan ini zalim seperti didakwa, apa kata inisiatif vaksinasi yang dibukti terpantas di serantau Asia Tenggara? Ada masanya untuk berhimpun tetapi mesti bukan sekarang dan ada caranya seperti kempen #BlackCode di media sosial.

SSR mendakwa protes ini bermotif untuk menunjuk perasaan bahawa kerajaan gagal mengawal keadaan Covid-19, tetapi tindakan yang diambil oleh SSR menambah risiko kepada tercetusnya kluster Covid-19 yang baru. Walaupun SOP penjarakan sosial dikeluarkan tetapi situasi himpunan secara aman tidak dapat diramal terutamanya apabila emosi demonstrasi sedang membarak. Saya kira demonstrasi ini tidak wajar dilaksanakan secara fizikal. Jika malangnya kluster baru dicetus akibat daripada demonstrasi ini, peristiwa ini akan menjadi titik hitam dan dipersendakan kerana secara langsung menidakkan tujuan perjuangan tersebut.

Melihat kepada struktur dan cara pengendalian, saya lihat demonstrasi ini bermotif politik dan bukan semata-mata suatu juadah untuk menunjuk perasaan dari anak muda. Saya yakin dan percaya bahawa golongan ini dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk agenda tersendiri, terutamanya pada masa ini ketika negara kita sedang menghadai krisis politik. Saya menyeru kepada anak muda, menilai dan berhati-hati supaya jangan terperangkap dengan muslihat sesetengah pihak.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA