Berita Gerakan

GERAKAN ikrar hapuskan rasuah

Ogo 31, 2021

KUALA LUMPUR – Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengetuai 54 pemimpin parti terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Wanita Pusat melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBS).

Majlis secara maya tersebut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor.

Menurut Dominic Lau Hoe Chai, IBR dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan GERAKAN berkhidmat demi rakyat dan negara.

“Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini.

“GERAKAN berikrar untuk menghapuskan rasuah, berintergriti dan menghindari hasad dengki serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi” katanya dalam satu kenyataan selepas melafaz dan menandatangani IBS baru-baru ini.

Barisan kepimpinan GERAKAN juga sedang meneliti penyertaan parti dalam Piawaian Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MS ISO 37001:2016 oleh International Standard Organization (ISO) sebagai rangka penilaian pelaksanaan, penyelenggaraan, dan penambahbaikan sistem pengurusan anti rasuah dalam parti.

Penyertaan parti dalam memperolehi Pensijilan MS ISO 37001:2016 membuktikan komitmen GERAKAN yang teguh melawan sebarang unsur berkait dengan rasuah dan penyelewengan.

Sementara itu, SPRM mengucapkan tahniah kepada kerana melakar sejarah sebagai parti politik pertama menandatangani IBR selepas pembetukkan kerajaan baru minggu lepas.

Razim Mohd Noor berkata, IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

“Apa yang penting adalah matlamat IBS ini dicapai bukan sekadar majlis atau lafaz ikrar semata-mata.

“Individu atau pemimpin terbabit harus mengotakan janji apa yang mereka lafaz semasa IBR itu. Jangan sesekali melanggar sumpah ikrar dengan melibatkan diri dalam gejala rasuah atau tidak bermoral,”tegasnya. – IkhlasToday

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi