Berita Gerakan

“Ikrar PN untuk Melaka”, manifesto PN berteraskan enam tunjang utama

Nov 14, 2021

SHAH ALAM, 14 Nov  — Perikatan Nasional (PN) melancarkan manifestonya “Ikrar PN Untuk Melaka” dengan moto “Melaka Bangkit Gemilang” yang berteraskan enam tunjang utama, 11 strategi dan 74 pendekatan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan manifesto itu dengan janji akan membawa perubahan besar kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bertunjangkan integriti dan ketelusan.

“Saya amat yakin, gabungan kepimpinan calon PN yang bertanding kali ini mampu membawa aspirasi rakyat negeri Melaka yang tentunya ingin melihat Melaka bangkit sebagai sebuah negeri yang gemilang,” katanya pada Majlis Pelancaran Ikrar PN bagi PRN Melaka di sini hari ini.

PN akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka dengan Bersatu akan bertanding di 15 kerusi manakala PAS lapan, dan Gerakan lima.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata enam tunjang utama itu ialah keutuhan ekonomi; keprihatinan kepada rakyat; kerancakan sektor pelancongan; kelestarian alam sekitar; kecekapan infrastruktur serta keteguhan dan kejujuran pentadbiran.

Bagi tunjang pertama iaitu Keutuhan Ekonomi, Muhyiddin berkata PN akan memastikan ekonomi Melaka dibangunkan dengan lebih utuh dan mampan termasuklah tumpuan kepada industri strategik dan berimpak tinggi serta fokus kepada pendigitalan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

“Melalui pendekatan ini, lebih banyak peluang perniagaan dapat dijana, tentunya para peniaga di Melaka dapat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, bahkan boleh meningkat berlipat kali ganda pulangan kepada negeri, diterjemahkan melalui pembangunan pesat yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat,” katanya.

Dalam tunjang kedua iaitu Keprihatinan kepada Rakyat, PN akan memastikan aspek kesihatan mental dan jasmani, perumahan, kemudahan rekreasi, meningkatkan prestasi pendidikan rendah dan menengah serta meletakkan Melaka pada ranking antara tiga negeri  terbaik  dalam pencapaian keputusan peperiksaan awam di Malaysia.

“PN antaranya akan memberi perhatian pengurusan sekolah tahfiz khususnya yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan bantuan penyelenggaraan, bantuan sekali bayar RM200 akan diberi kepada guru tahfiz, kelas Al-Quran dan fardhu ain (KAFA) serta tadika di bawah seliaan JAIM,” katanya.

Untuk tunjang ketiga, iaitu Kerancakan Sektor Pelancongan bekas Perdana Menteri berkata PN ingin menawarkan program yang inovatif dan berimpak tinggi termasuk kemudahan tempat letak kenderaan bertingkat di kawasan pelancongan, diselaras sistem letak dan naik bagi melancarkan lalu lintas, terutamanya pada waktu puncak atau musim percutian.

Katanya PN juga akan menggiatkan usaha pemulihan industri pelancongan, termasuk pelancongan kesihatan antarabangsa bagi menjadikan Melaka destinasi pilihan pelancongan kesihatan serta sebagai tempat persinggahan pelancong kapal persiaran yang menyusuri Selat Melaka dan pusat penganjuran mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

Untuk tunjang seterusnya iaitu Kelestarian Alam Sekitar, beliau berkata usaha memulih dan memulihara ekosistem kawasan sungai, pesisir pantai dan marin akan dipergiat bagi melestarikan kawasan dan memperkayakan sumber laut agar rakyat di negeri Melaka akan dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan sihat.

Manakala di bawah tunjang kelima iaitu Kecekapan Infrastruktur, Muhyiddin berkata PN berikrar akan memperkukuh penyediaan infrastruktur yang cekap, termasuk pembinaan dan naik taraf jalan, sistem saliran, tebatan banjir, liputan Internet 5G, kemudahan “hotspot”, jalur lebar tanpa wayar (WiFi) secara percuma di kawasan terpilih.

Bagi tunjang terakhir iaitu Keteguhan dan Kejujuran Pentadbiran, katanya ia adalah agenda untuk memperkasa perkhidmatan awam negeri, dipergiat melalui pendigitalan dan penglibatan secara terus dengan rakyat melibatkan tadbir urus yang cekap serta berintegriti bagi agensi serta syarikat milik kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata bagi memastikan tawaran Ikrar PN Untuk Melaka itu dipenuhi, sebuah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan akan ditubuhkan dan dianggotai anak jati Melaka daripada golongan profesional dan berpengalaman.

“Ini adalah manifestasi kesungguhan PN untuk memastikan ikrar yang dibuat untuk rakyat di Melaka ini akan direalisasikan menerusi satu daya usaha yang gigih dan telus,” katanya.

–BERNAMA

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi