Siaran Akhbar

Acara rumah terbuka Perikatan Nasional meriah

Jan 22, 2023

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Parti Perikatan Nasional, pemimpin-pemimpin Pari GERAKAN, rakan-rakan media serta orang ramai kerana menyempurnakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perikatan Nasional 2023 di Ibu PGRM Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden PAS merangkap Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Tuan Guru Tan Sri Hadi Awang dan juga pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional. Mereka telah menunjukkan semangat yang besar dalam perayaan Tahun Baru Cina dengan berpakaian tradisional Cina”Tang Suit”.

“Ini telah menunjukkan bahawa Perikatan Nasional adalah parti gabungan yang berbilang kaum”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas selepas Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perikatan Nasional 2023.

Dominic Lau berkata, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina kali ini dihadiri pelbagai kaum dan agama bagi menyambut perayaan ini bersama.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya. Jadi toleransi dan persefahaman amatlah penting bagi menyatukan semua perkara”

Akhirnya sekali, Dominic Lau berharap Perikatan Nasional menjadi satu gabungan yang dapat menyatukan semua kaum di Malaysia.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN