Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Adakah Zahid Hamidi juga salah guna ‘ubat’?

Jun 20, 2022

Setiausaha Agung Parti Gerakan Mak Kah Keong mempersoalkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, membuat kritikan yang sama dengan Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai terhadap sistem pengangkutan awam semalam. Adakah Zahid Hamidi juga salah guna ‘ubat’?

Ketika Dominic Lau mengingatkan kerajaan perlu meningkatkan kekerapan dan ketepatan pengangkutan awam daripada memberi pengangkutan awam percuma pada 16 Jun lalu di Facebook, Wee Ka Siong mengeluarkan kenyataan bahawa Dominic Lau tidak makan ‘ubat’.

“Zahid Hamidi juga membuat kritikan yang sama terhadap Dominic Lau, tetapi Wee Ka Siong tidak membalas kenyataan ini. Mungkin sibuk dengan urusan rasmi atau takut dengan Zahid Hamidi?”

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menunjukkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Dominic Lau dan Zahid Hamidi menyatakan masalah yang sama, iaitu ketidakcekapan sistem pengangkutan awam. Namun, Menteri nampaknya mempunyai dua cara yang berbeza untuk menanganinya.

Jika Wee Ka Siong menegaskan tiada masalah dengan kecekapan pengangkutan awam, dia harus berani untuk keluarkan kenyataan kepada Zahid Hamidi dan memberitahu adakah tidak makan’ubat?.

Nasihat dan pandangan itu demi untuk menyelesaikan masalah rakyat. Bagi GERAKAN, suara rakyat bukanlah perkara kecil. Kita mesti menyelesaikan setiap persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat.

Mak Kah Keong
Setiausaha Agung Parti GERAKAN

又再“借酒“发挥!

又再“借酒“发挥!

又是依德里斯阿末!没错,就是那位掌管宗教事务的首相署部长,在闹完雪州的盆舞节之后,现在又把枪头对准10月的德国啤酒节(OKTOBERFEST).

baca lagi