Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Ahli Politik Dinasihatkan Focus Banteras COVID-19 Jangan Terlibat Sebarang Usaha Rampasan Kuasa

Jun 21, 2021

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dalam suatu kenyataan media pagi ini menyeru agar ahli politik terutamanya ahli parlimen untuk tumpukan segala perhatian mereka dalam usaha membanteras COVID-19 dan tidak terjebak dalam sebarang usaha rampasan kuasa yang kian diperkatakan melalui pengumpulan perakuan berkanun (SD) dalam kalangan ahli Parlimen.

“Cukup-cukuplah, rakyat dah letih dengan propaganda politik. Sekarang, masanya untuk bersama dengan rakyat, merangka agenda menangani pandemik. Yang perlu kita tumpaskan ialah COVID-19 dan bukannya kerajaan,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

Dr. Dominic Lau Hoe Chai juga meminta ahli parlimen yang menyokong kerajaan tidak terpedaya dengan konsep muafakat palsu yang dibawa oleh puak pembangkang, matlamat pembangkang hanya satu, politik rampas kuasa.

“Kerajaan dah umumkan fasa-fasa pemulihan, kementerian-kementerian seperti MOSTI dan Kesihatan bertungkus-lumus dalam meratakan keluk COVID-19 dan mencapai sasaran imuniti kelompok mengikut jadual. Selepas itu kita serahkan kepada rakyat untuk pilih kerajaan, itulah asas demokrasi”

Kenyataan Dr. Dominic Lau merujuk kepada petikan-petikan laporan berita kebelakangan ini yang menyentuh usaha segelintir ahli parlimen yang giat mengumpul perakuan berkanun dalam usaha merampas kerajaan.

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi