Siaran Akhbar

Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Sah Disisi Perlembagaan

Sep 12, 2021

Pengumuman kerajaan untuk menggubal Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam tidak membawa maksud menyekat penyebaran agama bukan Islam terhadap sesama warganegara bukan Islam.

Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Mak Kah Keong berkata, pengumuman tersebut adalah sah di sisi Perlembangaan Persekutuan.

“Ramai yang keliru dengan pengumuman ini walhal perundangan ini adalah untuk menyekat penyebaran agama bukan Islam ke atas orang Islam sahaja”.

“Hak ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa ‘setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Mak yang juga seorang peguam berkata, sudah termaktub dalam Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

“Kewujudan akta ini bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja Melayu yang kesemuanya adalah beragama Islam sewaktu Negara Malaysia ini dibentuk. Jadi itulah keindahan Malaysia,”ujarnya.

Perkembangan lain, Mak menjelaskan, walaupun terdapat larangan dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sehingga kini kita tiada satu akta mendefinisikan apakah jenis aktiviti kepada penyebaran dan hukuman kepada larangan ini.

Mak Kah Keong
Setiausaha Agung GERAKAN

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi