Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Ambil Tindakan K’pada Majikan Tidak Berperikemanusian & Wujudkan Pembangunan Yang Lestari

Dis 24, 2021

Banjir kilat melanda negara pada hujung minggu lalu, menyebabkan kerosakkan harta benda dan kerugian yang dialami mangsa-mangsa banjir mencecah ratusan juta ringgit.

Bahkan,sehingga ke hari ini masih ramai lagi yang memerlukan bantuan bukan sahaja bekalan makanan dan tempah tinggal, malah kerja-kerja pembersihan kediaman mereka yang berselut.

Namun, dalam keadaan susah dan getir sebegini masih lagi ada segelinter majikan yang tidak berhati perut memaksa pekerja untuk bekerja dan tidak memberi cuti kecemasan.

Ada juga yang saya dimaklumkan, diugut potong gaji dan berhenti kerja sekiranya tidak masuk kerja pada waktu yang ditetapkan.

Oleh itu saya menyarankan agar kerajaan mengumumkan cuti pelepasan kepada mangsa-mangsa banjir ini yang bekerja dibawah sektor swasta.

Saya juga mengalu-alukan Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan pekeliling di seluruh negara untuk melindungi mangsa banjir ini dengan memberikan cuti bergaji sekurang-kurangnya seminggu.

Selain itu, turut mengumumkan dana khas banjir kepada kesemua mangsa-mangsa banjir yang mengalami kerugian.

Dalam pada itu juga saya menyeru kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan yang tidak berperikemanusian itu.

Selain itu juga, demi mengelakkan berlakunya bencana alam yang teruk sebegini lagi, kerajaan harus melaksanakan pembangunan lestari yang memenuhi keperluan rakyat tanpa menjejaskan genarasi akan datang.

Projek pembangunan juga perlu merangkumi aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN
Wong Chia Zhen