Siaran Akhbar

Anwar diminta berhenti menggunakan kedudukan sebagai PM berkempen di platform Kerajaan

Jul 7, 2023

Anwar Ibrahim perlu berhenti menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri memburukkan musuh-musuh politik pada program-program Kerajaan yang dianjurkan.

Naib Presiden GERAKAN Datuk Parameswaran berkata, kebelakangan ini program yang melibatkan perjumpaan Perdana Menteri bersama pelajar-pelajar universiti atau penjawat awam dilihat terdapat unsur-unsur serangan politik.

“Anwar perlu berhenti menggunakan kedudukan tersebut untuk tujuan memperkukuhkan kedudukan atau kerajaan beliau. Tidak perlu menggunakan kapasiti Perdana Menteri untuk raih sokongan. Lebih-lebih lagi nak dekat pilihan raya negeri 12 Ogos ini”

“Kalau dilihat ucapan Anwar dalam program-program yang dihadiri terdapat naratif Kerajaan cuba mengasak pemikiran orang yang hadir”

Kenyataan itu dibuat selepas Anwar Ibrahim dilihat sekali lagi mempertahankan DAP ketika berucap di hadapan penjawat awam di Seremban baru-baru ini.

Terbaharu Anwar mahu penjawat awam yang akan mengundi di Negeri Sembilan pada PRN 12 Ogos ini supaya menyemak fakta termasuk tuduhan terhadap DAP.

Malah, Selasa lalu ketika berucap di Majlis Perasmian dan Peluncuran buku bertajuk Adab dan Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya Anwar menegaskan sepanjang beliau menerajui pentadbiran kerajaan setakat ini, DAP langsung tidak pernah mempertikai program berkaitan orang Melayu dan Islam.

DATUK PARAMESWARAN
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi