Berita Gerakan

Anwar perlu lapor SPRM jika ahli PKR korup – Gerakan P.Pinang

Jun 21, 2021

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemungkinan wujud pemimpin korup dalam partinya.

Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, Anwar perlu berani melaporkan perkara itu kepada SPRM, bukannya membuat pendedahan tanpa mengambil tindakan ke atas mereka yang dimaksudkan.

Tong Keong juga tidak menolak kemungkinan pendedahan yang dibuat Anwar itu bertujuan menonjolkan kedudukan serta kewujudan dirinya.

“Wujud dua kemungkinan Anwar tidak membuat laporan. Pertama, Anwar cuba melindungi pemimpin rasuah untuk terlepas daripada hukuman.

“Manakala kedua, Anwar bercakap bohong ini kerana beliau dilihat kerap kali bercakap kosong tanpa menunjukkan sebarang bukti.

“Selain itu, sebagai seorang pemimpin parti, Anwar sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada ahlinya dengan berpegang dan mempertahankan idealisme, prinsip dan perlembagaan parti yang menolak rasuah, salah guna kuasa dan khianat. Jangan hanya sekadar membuat kritikan sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Tong Keong, walaupun wujud perbalahan dalam PKR hingga ada pemimpin meninggalkan parti itu, namun Anwar masih tetap dengan lakonan beliau.

“Saya menggesa Anwar supaya henti berlakon di hadapan rakyat dengan cuba menampilkan diri sebagai seorang pemimpin yang serius dan berpegang kepada keadilan.

“Buatlah laporan kepada SPRM dengan segera sekiranya mempunyai bukti, jangan teruskan permainan politik,” tegas beliau.

Semalam, Anwar mengakui parti itu bukanlah sempurna kerana sejarah menunjukkan ia tidak terlepas daripada pengkhianat dan perbuatan mengumpul kekayaan luar biasa apabila diberi sedikit kuasa.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli PKR supaya berpegang dan mempertahankan idealisme serta prinsip parti yang menolak rasuah, salah guna kuasa dan khianat.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional Keadilan Ke-15 yang berlangsung secara maya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. – MalaysiaGazette

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi