Siaran Akhbar

Anwar perlu selesaikan masalah kenaikkan harga barang

Jul 11, 2023

Parti Gerakan Rakyat Malaysia menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah harga barang yang dijangka akan naik 20% peratus.

Naib Presiden GERAKAN Datuk Parameswaran berkata, Anwar Ibrahim perlu selesaikan perkara ini dengan segera kerana kenaikan harga akan menambah beban yang besar kepada rakyat Malaysia.

“Kalau dah semua harga barang naik, terutama makanan, apa lagi pilihan yang kita ada selain terpaksa membeli dan ikat perut”

“Sampai bila rakyat nak menderita, sedangkan saya lihat menteri kini sibuk mengejar populariti dan sibuk cari salah pembangkang. Dilihat tiada idea untuk membangunkan ekonomi negara” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Parameswaran, bukan itu sahaja, kenaikan harga barang menjelang Ogos atau September akan menyebabkan kuasa beli rakyat akan menurun.

“Tidak sampai dua bulan selepas harga ayam dan telur naik, kini media melaporkan bahawa kesemua harga barang akan meningkat. Bagaimana rakyat hidup selepas ini”

“Kerajaan perlu memandang serius mengenai masalah ini. Kalau tidak, ia akan menyebabkan rakyat akan sengsara terutamanya golongan B40 dan M40” tegasnya.

Dalam pada itu, Parameswaran berharap rakyat sedar bahawa kerajaan hari ini tidak pernah fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pada yang sama, rakyat perlu membuat keputusan dengan menyelesaikan perkara ini dengan menolak Kerajaan Campuran iaitu PH-BN pada Pilihan Raya Negeri nanti.

DATUK PARAMESWARAN
NAIB PRESIDEN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi