Siaran Akhbar

Anwar perlu terima kritikan rakyat secara terbuka

Jul 9, 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menasihati Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak kecil hati dan menerima nasihat rakyat dengan hati terbuka.

Katanya, Anwar dahulu sering mengkritik pihak lawan ketika berada di pihak pembangkang dengan sindiran, ejekan, dan hinaan, tetapi apabila menjadi Perdana Menteri, beliau tidak dapat menerima kritikan daripada rakyat?

Selain itu, Anwar dalam temu bual dengan empat stesen televisyen tempatan pada 1 Mei lalu mengatakan bahawa beliau dan kerajaan boleh menerima apa-apa sahaja kritikan. Namun, baru dua bulan berlalu, beliau kini dilihat kembali mengalami “amnesia selektif”?

Daripada percakapan Anwar, dapat dilihat bahawa apabila seseorang itu berada di kedudukan yang berbeza, pemikiran dan sikap mereka juga berubah.

Kini, beliau bimbang Anwar mungkin bertindak balas dengan tidak menghiraukan mesej yang disampaikan oleh pengundi Sungai Bakap dan tetap berkeras melaksanakan subsidi bersasar untuk RON 95 pada tahun ini.

Dr. Dominic Lau, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Pulau Pinang, dalam kenyataannya pada hari Selasa menyatakan bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, ahli politik harus menerima kritikan konstruktif. Beliau tidak mahu Anwar menggunakan agensi kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritik kerajaan yang dibina semata-mata atas perjanjian politik.

Katanya, Perdana Menteri selepas keputusan pilihan raya kecil Sungai Bakap diumumkan, menyatakan akan menerima suara rakyat Sungai Bakap dengan rendah hati. Rakyat yang tidak puas hati dengan dasar kerajaan pastinya akan emosi dan menggunakan kata-kata yang keras dalam mengkritik kerajaan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Jika dibandingkan dengan ‘Superman Hew’ yang dahulu berkempen untuk DAP menggunakan kata-kata yang kasar dan mengutuk orang lain, Anwar tidak pula merasakan tindakan rakan-rakannya itu salah. Kini, rakyat hanya menyatakan beberapa perkataan untuk meluahkan ketidakpuasan hati, adakah yang ini tidak boleh diterima?”

Beliau mengingatkan semua ahli politik bahawa kritikan adalah permainan dalam dunia politik. Seperti pepatah Melayu; jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi