Siaran Akhbar

Apa dah jadi dengan perkembangan MH370

Sep 25, 2024

 

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, bertanya kepada kerajaan perpaduan sama ada mereka telah mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat pengesan dasar laut Amerika Syarikat, Ocean Infinity, untuk memberikan perkembangan terkini kepada keluarga mangsa mengenai usaha menyambung semula pencarian MH370.

Beliau berkata, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, semasa menghadiri acara memperingati ulang tahun ke-10 kehilangan MH370 pada awal Mac tahun ini, telah memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan ahli kabinet bagi menandatangani perjanjian “tiada penemuan, tiada bayaran” dengan Ocean Infinity, untuk mempercepatkan pencarian semula.

Namun, selepas janji tersebut dibuat, Loke belum memberi sebarang butiran lanjut atau perkembangan terkini kepada umum.

“Pada hari tersebut, keluarga penumpang penerbangan MH370 dari Malaysia, Australia, India, dan China turut hadir dalam acara peringatan itu”

“Ramai daripada mereka tidak dapat menahan air mata setelah mendengar jaminan yang diberikan oleh Anthony Loke. Kini hampir 7 bulan telah berlalu, dan saya yakin keluarga mangsa serta rakyat Malaysia ingin tahu sama ada usaha pencarian akan disambung semula, dan bila ia akan dijalankan?”

Dalam kenyataannya hari ini, Dominic Lau menyebut bahawa sekiranya pencarian MH370 disambung semula dan bangkai pesawat ditemui, ini mungkin akan memberikan petunjuk kepada misteri ini serta membantu memahami sama ada pesawat mengalami kemalangan. Sehingga kini, misteri terbesar dalam sejarah penerbangan ini masih belum terjawab, dan sebab sebenar kehilangan MH370 kekal kabur.

“Kehilangan misteri MH370 terus menjadi luka di hati keluarga mangsa, dan mereka tidak dapat melupakannya. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, keluarga mangsa tidak pernah berputus asa. Kerajaan Malaysia terus berusaha dengan tekad yang kukuh untuk mencari MH370, dengan harapan kebenaran akan terungkap suatu hari nanti. Oleh itu, saya berharap kerajaan perpaduan dapat memberikan perkembangan terkini kepada keluarga mangsa mengenai usaha pencarian ini”

Difahamkan, di bawah perjanjian “tiada penemuan, tiada bayaran,” jika Ocean Infinity berjaya menemui bangkai MH370, kerajaan akan membayar syarikat tersebut sebanyak USD 70 juta.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, hilang tanpa jejak. Pada ketika itu, terdapat 227 penumpang dan 12 anak kapal, menjadikan jumlah keseluruhan 239 orang di atas pesawat. Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengisytiharkan pesawat itu mengalami kemalangan dan menganggap semua yang berada di dalam pesawat telah terkorban.

YB SENATOR
DATUK DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

引入新税增企业压力 “财案丢中小企定时炸弹”

(吉隆坡23日讯)由团结政府公布的“2025年国家财政预算案”,犹如给中小型企业丢了一颗“定时炸弹”,尽管主题为“焕发经济,产生改变,惠及人民”,民政全国主席拿督刘华才博士表示,这不仅仅是通过剥夺富人帮助穷人,也给中小企业带来了冲击,还可能给正在幻想加薪的公务员带来一颗“定时炸弹”。 刘华才今日率领民政领袖,前往拜访马来西亚中小企业公会(SME Association of Malaysia),双方进行了一系列坦诚并友好的交流。...

baca lagi