Siaran Akhbar

Apa hala tuju sebenar Pakatan Harapan dan Umno

Feb 17, 2025

Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah baru-baru ini sepatutnya menjadi pentas untuk menunjukkan kekuatan dan kesepaduan gabungan PH-UMNO, tetapi sebaliknya ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.

Satu perkara yang amat ketara ialah ketidakhadiran MCA, yang selama ini menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional. Jika benar konvensyen ini bertujuan memperkukuhkan gabungan, ke mana perginya MCA ? Adakah mereka tidak dijemput, atau mereka sendiri enggan hadir kerana sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO?

Persoalan yang lebih besar—adakah Pakatan Harapan akan menghadapi pilihan raya bersama UMNO tanpa MCA? Atau adakah UMNO sudah bersedia untuk meninggalkan Barisan Nasional sepenuhnya dan bertanding sebagai sekutu Pakatan Harapan? Jika itu haluannya, apa akan jadi dengan slogan BN yang kononnya memperjuangkan politik berbilang kaum?

PH dan UMNO tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini. Jika benar mereka mahu membentuk gabungan yang kukuh dan ikhlas, mereka perlu berterus terang dengan rakyat. Jangan hanya bercakap tentang perpaduan jika hakikatnya mereka sendiri tidak tahu siapa sebenarnya sekutu mereka.

Sementara itu, di Kedah, rakyat masih menunggu tindakan sebenar daripada PH dan UMNO. Isu pembangunan, ekonomi rakyat, dan kebajikan masih terabai. Konvensyen boleh dianjurkan sebanyak mana pun, tetapi jika sekadar wayang politik tanpa manfaat kepada rakyat, akhirnya rakyat sendiri yang akan menilai dan membuat keputusan di peti undi.

GERAKAN bersama Perikatan Nasional, akan terus menjadi suara rakyat yang mahukan politik berprinsip, jelas, dan benar-benar berpaksikan keperluan rakyat, bukan sekadar permainan kuasa yang berubah mengikut kepentingan semasa.

Bagaimana pula dengan kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan di Sabah?

UMNO dan Pakatan Harapan juga perlu menjelaskan hala tuju politik mereka di Sabah. Adakah mereka akan bekerjasama dalam pilihan raya negeri yang akan datang, atau UMNO akan memilih untuk bergerak sendiri? Rakyat Sabah berhak mengetahui sama ada gabungan ini hanya strategi sementara atau satu pakatan jangka panjang.

Ketidakpastian ini hanya menunjukkan bahawa PH dan UMNO masih tidak mempunyai kesepakatan sebenar mengenai hala tuju politik mereka. Jika mereka sendiri keliru tentang hubungan mereka, bagaimana rakyat boleh yakin bahawa mereka mampu mentadbir dengan baik?

YB Wong Chia Zhen
Setiausaha Agung merangkap
Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi
昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债

民政党主席拿督刘华才要求首相安华解释,新债务减少是否因大马城交易填补财政缺口。他批评政府利用数据掩盖国债飙升的事实,并警告若无有效控制举债和开支,国家经济问题将持续恶化,财政压力难以缓解。

baca lagi