Berita Gerakan

Asyik berpolitik hingga lupa Ogos bulan kemerdekaan – Puvaniten

Ogo 4, 2020

KUALA LUMPUR – Para pemimpin politik digesa menghayati bulan kemerdekaan ini dan berhenti untuk berpolitik berpanjangan.

Jangan disebabkan sibuk berpolitik, mereka alpa bulan ini negara adalah bulan kemerdekaan dan tidak memberikan ruang kepada aspek-aspek penghayatan bulan kemerdekaan, kata Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H. Puvaniten.

“Sepatutnya di bulan kemerdekaan ini banyak tanggungjawab bersama yang perlu kita tekankan seperti penghayatan terhadap Jata Negara, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara dan betapa pentingnya kita harus menghormati insitutusi kesultanan negara.

”Jangan kita sibuk berpolitik sampaikan lupa perkara-perkara ini. Kalau kita sebagai pemimpin negara tidak endahkan perkara ini siapa yang akan mewar-warkan wujudkan semangat perpaduan dan hayati maksud apa itu Jata Negara dan rukun negara dalam kalangan rakyat.

“Kita perlu menyemarakan semangat ini di kalangan rakyat kita,” katanya.

Puvaniten berkata, beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini yang menunjukkan sikap tiada hormat pada Jata Negara, yang mana sebuah buku didakwa telah menghina lambang negara yang boleh dianggap tidak patriotik.

Ditambah pula, dengan kes vandalisme terhadap mural ternyata dengan karya seni Yang di-Pertuan Agong, yang mana prinsip “Kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan” masih tidak dihayati sepenuhnya oleh segelintir pihak, apatah lagi dalam kalangan generasi muda.

”Sebenarnya, banyak perkara berlaku saban tahun yang menunjukkan betapa rakyat Malaysia tidak memandang serius terhadap lambing-lambang keramat negara. Antara yang sering kedengaran ialah penghinaan terhadap lagu Negaraku yang ditukar rentak atau lirik dengan tujuan menghina lagu Negaraku.

”Hal ini jelas menunjukkan betapa terdapat golongan yang cuba mengingkari prinsip dan kedaulatan Rukun Negara,” ujarnya.

Tambah Puvaniten, sambutan bulan kemerdekaan bukan hanya sekadar menyedarkan seluruh rakyat berhubung erti kemerdekaan malah pada masa yang sama perlu mengembalikan semula simbol dan lambang keramat negara agar generasi muda mengenali serta hayati Jata Negara, Jalur Gemilang dan betapa pentingnya prinsip Rukun Negara sebagai tunggak keutuhan negara.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi