Siaran Akhbar

Bantu Ringankan Beban Petugas-Petugas Barisan Hadapan

Mei 1, 2021

Sejak awal bulan Ramadan, menjadi aktiviti mingguan buat Parti Gerakan Rakyat Malaysia untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan selain meraikan mereka dalam majlis berbuka puasa.

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, semalam Parti GERAKAN memberi bantuan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

“Saya dan beberapa pemimpin parti sangat bersyukur kerana dapat mengedarkan nasi berlauk dan kurma kepada petugas-petugas di HUKM.

“Kami tahu mereka mesti penat menjaga pesakit-pesakit terutamanya pesakit COVID-19. Jadi GERAKAN mengambil inisiatif untuk meringankan beban mereka terutamanya yang berpuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Program With Hero anjuran Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Parti GERAKAN disambut baik oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat & Media, HUKM, Puan Yasmin Rahimi.

Turut hadir pada program tersebut, Naib Presiden, Datuk Parameswaran, Setiausaha Agung, Mak Kah Keong, Timbalan Setiausaha Agung, Wendy Subramaniam.

Bertanya mengenai isu kompaun, Dominic Lau berpendapatan beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu ketegasan dalam pelaksanaan hukuman berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) adalah perlu atas tujuan mendidik dan memberi kesedaran.

Bagaimanapun Dominic memberitahu, beliau berharap agar pihak berkuasa mengamalkan budi bicara dan perikemanusiaan dalam mengambil sebarang tindakan.

政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi