Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Basikal lajak dilihat seakan-akan menjadi musuh negara

Apr 22, 2022

 

Sejak kebelakangan ini basikal lajak dilihat seakan-akan sudah menjadi musuh kepada negara walhal ia bukan kegiatan jenayah berat.

Menurut Setiausaha Agung Parti Gerakan Mak Kah Keong, baru-baru ini tular sebuah video yang melibatkan seorang anggota polis cuba menakutkan seorang budak yang dikatakan sedang bermain basikal lajak.

“Disebabkan video itu ramai netizen mengeluarkan komen negetif seperti ‘memang patut mati’ dan sebagainya. Bagi saya ini salah! Jangan menghukum sekiranya tidak tahu undang-undang.

“Pendapat saya tindakan anggota polis dan orang yang merakam, mendedahkan identiti kanak-kanak itu adalah salah disisi undang-undang. Undang-undang Malaysia untuk kanak-kanak adalah menguruskan bukannya menghukum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memahami sekarang Malaysia tengah panas dengan kes seorang kerani dikenali sebagai Sam yang melanggar 8 orang kanak-kanak yang menunggang basikal lajak sehingga mengakibatkan kematian.

Beliau tidak menafikan memang sepatutnya memberi sokongan moral kepada Sam tapi jangan salahkan budak-budak basikal lajak itu bulat-bulat. Mangsa keadaan Sam tetapi mangsa kemalangan adalah budak-budak itu.

Ia berkait rapat dengan masalah sosial, kemiskinan bandar dan tanggungjawab ibu bapa. Namun dalam kotak pemikiran budak-budak hanyalah bermain mereka tidak tahu akan bahaya yang bakal menimpa.

“Jadi sebagai rakyat Malaysia yang dewasa jangan terus menghukum dan mengeluarkan kata-kata mengkeji mereka. Sepatutnya memberi pendidikan dan peluang.

“Basikal lajak bukan menjadi satu kesalahan sekiranya dibuat peraturan dan diadakan pada tempat yang betul sekaligus boleh menjadi satu sukan yang bermanfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Mak Kah Keong
Setiausaha Agung GERAKAN

颜炳南:华裔及混合选区 各4个 民政 争取 上阵8议席

颜炳南:华裔及混合选区 各4个 民政 争取 上阵8议席

(马六甲25日讯)巫统多次放话马六甲州选举不与国盟合作,国盟一旦决定在州内所有28个议席上阵,其成员党马六甲民政党有信心可获得至少四至五个议席上阵机会。 该党甲州主席拿督斯里颜炳南接受《中国报》访问时指出,该党的目标是在8个州议席上阵,包括4个华裔选区及4个混合选区,即彭佳兰峇株、鲁容及牙力等。 他说,该党已向国盟中央提呈有关建议,会极力做出争取,有信心至少可上阵四至五个议席,这对以往民政党在国阵联盟时只得一个上阵机会相比,是一项新挑战。...

baca lagi