Berita Gerakan

Belanjawaan 2025! fokus kepada rakyat yang masih tiada rumah

Sep 12, 2024

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berpendapat bahawa kerajaan perlu mengoptimumkan program perumahan mampu milik, bagi memastikan ia dijual kepada pemohon yang layak pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Beliau berharap agar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, dalam pembentangan Belanjawan tahun depan, terus memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi oleh golongan yang tiada rumah. Meskipun peningkatan hartanah boleh menambah pendapatan kerajaan, tetapi masih banyak golongan dalam negara yang perlu diberi perhatian.

Jika boleh, beliau berharap program jaminan kredit perumahan dapat diteruskan dan pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama diperluaskan serta dilanjutkan, bagi membantu rakyat yang benar-benar memerlukan mencapai impian mereka; memiliki rumah sendiri.

“Cabaran yang dihadapi oleh golongan tanpa rumah ini termasuk ketidakmampuan untuk mengejar kenaikan harga rumah, ketidakpadanan antara penawaran dan permintaan rumah di kawasan berlainan”

“Selain itu pembeli juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman rumah serta kekurangan sistem bersepadu untuk menyelesaikan isu penawaran dan permintaan” katanya.

Dominic Lau juga mendengar bahawa ramai pelabur membeli rumah mampu milik secara tidak jujur, dan berharap agar kerajaan dapat menangani isu ini dengan menggubal dasar yang berkesan dan menyiasat latar belakang pembeli. Dengan cara ini, mereka yang benar-benar memerlukan subsidi dapat tinggal di rumah mampu milik yang berkualiti.

Sudah tentu, katanya, untuk membina rumah di lokasi yang sesuai memerlukan panduan data yang tepat. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu meneliti sama ada negara mempunyai pangkalan data bersepadu dalam aspek ini.

Dominic Lau menyatakan bahawa dalam era kenaikan harga barang, membeli rumah menjadi semakin sukar bagi orang ramai. Terutamanya selepas pandemik COVID-19, pendapatan rakyat Malaysia terjejas. Walaupun sudah 4 tahun berlalu, masih ramai keluarga yang menghadapi masalah penurunan pendapatan.

Beliau bersetuju bahawa rumah mampu milik adalah sokongan yang baik untuk golongan muda, membolehkan mereka memiliki rumah pertama di pusat bandar pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Malangnya, di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, tanah untuk pembinaan semakin berkurangan, dan rumah mampu milik yang baru dibina semakin jauh dari bandar, menyebabkan kurangnya sambutan. Manakala, rumah yang terletak di lokasi strategik pula, harganya terlalu mahal untuk kebanyakan orang.

Beliau juga mendapati bahawa terlalu banyak program rumah mampu milik, yang mengelirukan pembeli. Semakin banyak projek yang diutamakan kepada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, menimbulkan kebimbangan sama ada ia masih boleh memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah atau tidak.

YB Senator
Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN,

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi