Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Belanjawan 2021 perlu ambil kira kepentingan awam – Gerakan

Nov 4, 2020

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Penyaluran peruntukan pembangunan negara bagi tahun depan menerusi Belanjawan 2021 perlu menepati keperluan semasa dan mengambil kira kepentingan awam terutama usaha mengekang penularan COVID-19, kata Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Beliau berkata Gerakan mencadangkan beberapa perkara melibatkan aspek kesihatan, pendidikan, kewangan, pengangguran dan keselamatan perlu ditekankan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentang kerajaan pada Jumaat.

“Belanjawan 2021 amat signifikan kepada pemulihan ekonomi yang terjejas akibat COVID-19, dan kerajaan melalui pakej-pakej rangsangan sebelum ini banyak menyalurkan pelbagai insentif pemulihan kepada rakyat bagi menstabilkan kitar ekonomi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lau berkata aspek pendidikan perlu diberi keutamaan oleh kerajaan kerana meskipun hampir 80 peratus pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) telah kembali ke kampung halaman masing-masing dan menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian susulan penularan pandemik COVID-19, mereka bagaimanapun terpaksa membuat bayaran penuh yuran pengajian seperti ditetapkan IPT masing-masing.

Presiden Gerakan itu turut menyarankan semua Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 kerana tanpa peruntukan, kerajaan tidak dapat meneruskan perbelanjaan yang ketika ini amat diperlukan bagi pemulihan ekonomi dan kebajikan awam.

“Kita berharap belanjawan yang akan dibentang kerajaan diterima dan diluluskan. Saya rasa cukup-cukuplah, semua pihak perlu memfokus kepada memberi sokongan untuk memastikan belanjawan diluluskan. Membantu rakyat lebih penting berbanding perkara lain. Apa sahaja yang mereka (kerajaan) bentang memberi manfaat kepada rakyat, jadi kita hendaklah memberikan sokongan,” katanya.

是否按程序进行 王胜龙挑战林立迎辩论

是否按程序进行 王胜龙挑战林立迎辩论

(吉隆坡11日讯)甲洞增江腾云功(增江)分会会所管理权遭吉隆坡市政厅收回的事件继续发酵,民政党甲洞代表王胜龙挑战民主行动党甲洞国会议员林立迎,针对此事辩论。

baca lagi