Siaran Akhbar

Belanjawan 2023 perlu lebih efektif dari segi kos sara hidup, keterjaminan makanan dan kesihatan awam

Feb 23, 2023

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataannya pada pagi ini mengingatkan pihak kerajaan agar tidak mengetepikan suara lantang rakyat dalam draf belanjawan yang bakal dibentangkan pada Jumaat ini.

Beliau juga menyandarkan peringatan kepada pihak kerajaan tentang beberapa isu yang memerlukan perhatian segera seperti kos sara hidup yang kian meningkat dan membebankan rakyat. “Kerajaan seperti nak buat sesuatu akan tetapi tiada impak positif dalam tindakannya”, kata beliau.

Dr. Dominic Lau menyatakan kebimbangan beliau atas kekurangan tindakan dan pelan kerajaan bagi menangani isu kos sara hidup yang membayangi hidup rakyat jelata terutamanya golongan B40 dan M40, dan kerajaan perlulah memberi perhatian yang lebih efektif kepada usaha untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang terus menghimpit rakyat.

Justeru, beliau juga menambah pihak kerajaan tidak boleh bersikap sambil lewa dalam usaha meneguhkan keterjaminan makanan di negara ini. Usaha memastikan negara dan rakyat mempunyai makanan yang cukup di samping mengawal harga barangan asas yang ditawarkan dalam pasaran agar berpatutan adalah sangat penting kerana makanan merupakan keutamaan dalam kehidupan harian. Beliau berpendapat supaya kerajaan memastikan pelan yang bakal diperkenalkan dan dilaksanakan dalam negara haruslah mencerminkan kepentingan tersebut.

Dr. Dominic Lau juga berkata kerajaan tidak sepatutnya memandang rendah terhadap isu dan memperalatkan kenyataan tersebut di dalam arena politik seperti isu kekurangan ayam yang berlaku baru-baru ini dan ada yang mengata; “jika telur ayam mahal, jangan makan telur ayam.” Beliau turut berkata, kerajaan campuran sekarang bukan lagi pembangkang, jadi mereka sepatutnya bertindak seperti kerajaan yang satu bukan pembangkang.

Berhubung dengan sektor khidmat kesihatan dalam negara yang dilabelkan oleh pemerhati sektor tersebut sebagai merosot dan bakal digelar ‘zon merah’, beliau yang juga Presiden GERAKAN berharap kerajaan menekankan kebajikan petugas kesihatan dan mencari penyelesaian yang komprehensif kepada sektor kesihatan awam. Ini termasuk meningkatkan peruntukan kementerian, menambahkan jumlah petugas, memberi kuasa kepada kementerian agar mengendali penawaran, pelantikan dan kenaikan pangkat dan sebagainya. Sektor kesihatan ini amat penting kepada rakyat, jangan terlalu leka dan menjadikan rakyat mangsa kepada ketidak-upayaan kerajaan.

Dalam konteks ini, Dr. Dominic Lau juga mengambil contoh daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang memasukkan Hospital Pulau Pinang sebagai salah satu produk pelancongan perubatan di dalam Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030, yang menunjukkan bahawa kerajaan tidak memberikan perhatian yang cukup di dalam sektor kesihatan negara kita.

Selain isu kelelahan seperti ‘overworked’ and ‘underpaid’ petugas kesihatan, kita juga difahamkan bahawa masa menunggu yang sangat lama di hospital kerajaan kebelakangan ini. Yang ini merupakan kesan domino daripada isu sedia-ada. Rakyat sedang lantang bersuara kerana mereka mahukan perkhidmatan yang efisien dan pantas.

Hal ini haruslah dipandang serius kerana jika berlarutan, Malaysia mungkin bakal dilanda krisis kekurangan kakitangan yang lebih teruk dalam sektor kesihatan kerana tidak hairan bagi mereka untuk meninggalkan arus sektor perkhidmatan awam dan berhijrah ke sektor yang lain.

Presiden GERAKAN itu juga memanggil pihak kerajaan supaya berhenti membuat alasan dan mempermainkan rakyat jelata. Pada masa yang sama, bajet yang bakal dibentangkan mestilah seiring dengan janji manifesto mereka terhadap rakyat.

Datuk Dr. Dominic Lau berharap Belanjawan 2023 ini akan menekankan kepentingan rakyat dengan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi