Siaran Akhbar

Beri Cadangan Bernas Bukan Bandingkan Politik Malaysia Dan China

Jun 25, 2021

 

Walaupun telah lama berada dalam arus politik negara, namun pandangannya masih ibaratkan berat sebelah dan tidak memihak kepada kebersamaan dalam Malaysia, balas Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden GERAKAN merujuk kepada laporan berita FMT yang menyentuh penulisan YB Lim Kit Siang membandingkan keadaan pandemik Malaysia dengan Republik China.

Presiden GERAKAN juga berkata sepatutnya YB Lim Kit Siang perlu meneliti dan memberi cadangan-cadangan yang bernas berhubung penambahbaikan dan pemulihan negara dalam proses menangani pandemik COVID-19, tetapi seperti biasa beliau menggunakan keadaan semasa untuk berpolitik.

Kita faham bahawa pandemik Koronavirus ini berada pada tahap yang membimbangkan, jumlah penggunaan katil ICU yang tinggi dan jumlah kematian yang agak merisaukan. Namun, dari segi proses pemulihan, kerajaan telah menetapkan sasaran yang amat jelas, contohnya proses vaksinasi yang mensasarkan jumlah penerima yang tinggi dan menyeluruh, pengumuman Pelan Pemulihan Negara yang berfasakan 4 tahap agar kita menepati proses pemulihan yang nyata, kementerian-kementerian yang berkaitan juga memberikan penelitian situasi yang adil dan saksama berpaksikan kesejahteraan rakyat. Saya juga ada baca berita bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan sebuah lagi pakej bantuan dengan mengutamakan kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi. Maksudnya setiap jentera kerajaan bersepadu menentang wabak COVID-19.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan juga mengesahkan bahawa Institut Kajian Perubatan dengan kerjasama universiti tempatan sedang membangunkan vaksin COVID-19. Ke semua ini penting untuk dianalisa bersama dalam membuat keputusan berkenaan dengan keadaan pandemik sekarang.

“Apa yang malang untuk negara adalah segelintir pemimpin politik yang menginterpretasikan situasi mengikut selera politik mereka, mencemarkan usaha-usaha ribuan penjawat awam yang bertungkus lumus melawan pandemik. Biar kita adil kepada mereka yang berada dalam barisan hadapan”, kata Datuk Dr. Dominic Lau dalam kenyataannya tadi.

YB Lim Kit Siang membandingkan Malaysia dengan keadaan di China, beliau bandingkan kita dengan negara cetusnya wabak ini dan yang mempunyai kawalan langsung ke atas politik dan keselamatannya. Apakah perbandingan ini adil? Bukankah ianya berat sebelah?

Kita tengok keadaan di Amerika Syarikat, negara kuasa besar, jumlah kematian yang amat membimbangkan, melebihi 600 ribu orang, di United Kingdom dengan jumlah 128 ribu orang meninggal dunia. Kedua-dua negara ini, dari segi teknologi kesihatan, mereka berada di hadapan, namun jumlah yang terkorban kepada pandemik terlalu tinggi. Jadi, sebarang perbandingan perlulah berasaskan kepada fakta yang nyata dan sesuai, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan prasangka buruk terhadap usaha institusi kerajaan dalam menentang pandemik.

Sebagai ahli politik, kita perlu bertanggungjawab bukan sahaja kepada parti politik yang kita wakili, kita secara langsung bertanggungjawab kepada rakyat, tidak kira mereka menyokong kita atau tidak. Saudara Kit Siang perlu faham bahawa sekarang adalah masanya untuk berganding bahu menentang musuh, COVID-19, bukan asyik mengutuk, kritik tanpa asas dan bersangka buruk terhadap usaha kerajaan.

Tambah beliau, kita di Malaysia mempunyai segala kepakaran yang diperlukan, kita sedang mengemudi setiap jentera kerajaan dalam menangani pandemik ini dan fokus utama kerajaan adalah mengembalikan negara ke arus utama pembangunan dan bebas COVID-19.

“Harapan saya sebagai ahli politik, kita bantu kerajaan, kita bantu barisan hadapan, kita bantu rakyat jelata menghadapi keadaan pandemik sekarang. Kita cuba sedaya upada, kalau ada kritikan, biar kita bagi yang konstruktif.”

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi
吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

吉打夜市祈祷暂停营业 非穆商贩不受影响

(亚罗士打24日讯)吉打州夜市小贩被指示从5月1日起在傍晚祈祷时段需暂停营业,吉打州华人事务行政议员黄佳祯指出,非穆斯林商贩和顾客不受此措施影响。

他强调,这项措施只限于穆斯林小贩和顾客,以让他们可在这时段进行祈祷。他说,如果非穆斯林贩商在穆斯林居多的夜市摆摊,在傍晚祈祷时段,非穆斯林贩商是可允许继续与非穆斯林顾客进行交易。

baca lagi
以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

以华裔选民为主 民政攻 5火箭票仓

(吉隆坡24日讯)新古毛州席5个华裔选民为主的行动党大票仓,成为国盟尤其民政党全力攻坚的目标之一,希望能在补选时拉高国盟候选人在行动党大票 仓的得票率。

baca lagi