Siaran Akhbar

Beri keutamaan kepada golongan miskin dahulu!

Jan 20, 2023

Kementerian Pengangkutan sepatutnya membantu atau memberi keutamaan kepada golongan miskin terlebih dahulu tanpa mengenepikan Golongan Kurang Upaya (OKU).

Menurut Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Mak Kah Keong, dalam kalangan OKU adanya diantara mereka yang kaya raya.

“Apa yang saya tahu dalam kalangan orang miskin adanya OKU dan sudah pasti tiada yang kaya raya.

“Kenapa tidak membuat satu polisi yang berpihak kepada golongan miskin terlebih dahulu dan ‘friendly’ OKU, tidak diketepikan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia susulan daripada kenyaataan yang dikeluarkan oleh Anthony Loke golongan OKU boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu membayar tambang tidak lama lagi.

Tambah Mak, usaha Kementerian untuk memperkasa OKU tidak salah tetapi perlu bijak dan laksanakan polisi yang menjadi keutamaan.

Jangan diskriminasi golongan OKU kerana ada diantara mereka berupaya dalam kewangan tetapi masalah dari segi kemudahan yang disediakan.

“Ramai di Malaysia, golongan OKU yang berjaya antaranya Lee Thiam Wah pengasas 99 Speedmart dan Ras Adibah Radzi seorang ahli politik.

“Cadangan saya adalah Kementeri Pengangkutan harus menambahbaik kemudahan yang sedia ada untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan,” ujarnya.

MAK KAH KEONG
SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Dilihat PAC lebih berfungsi daripada menteri kabinet Anwar

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lebih proaktif dalam menangani isu kenaikan kos insurans perubatan berbanding Kabinet. Adakah Perdana Menteri mahu PAC menggantikan tugas menteri dalam...

baca lagi