Berita Gerakan

Bersidang Demi Rakyat, Bukan Agenda Peribadi – Dominic

Jul 7, 2021

7 JULAI: Semua ahli Parlimen tidak kira penyokong kerajaan mahupun pembangkang perlu mengenepikan segala agenda peribadi dan bersidang demi rakyat.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, berkata perkara utama yang perlu diberi perhatian mereka sekarang adalah usaha memerangi pandemik dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya berharap semua ahli parlimen tidak mengusik sistem kerajaan yang sedia ada, tidak melancarkan sebarang rampasan kuasa Persekutuan, dan tidak beragendakan impian politik peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dominic berkata Gerakan mengalu-alukan pengumuman Pejabat Perdana Menteri berhubung kesediaan kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan bermula 26 Julai ini.

“Ini sejajar dengan sistem demokrasi dan keperluan peruntukan-peruntukan perlembagaan di mana sidang ini perlu diguna pakai secara optimum dalam mencapai objektif penerangan dan pembentangan berkaitan Ordinan Darurat 2021 dan situasi semasa pandemik serta pelan pemulihannya.

“Ahli Parlimen juga perlu mengutamakan proses mendapatkan penerangan yang sewajarnya, melontarkan pandangan konstruktif dan membantu pasukan kerajaan dalam usaha pemulihan,” katanya.

Dalam pada itu Dominic juga mengucapkan syabas kepada seluruh warga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang berjaya mencapai angka harian pemberian vaksin COVID-19 melebihi 300,000 dos pada Isnin dan Selasa, dan jumlah pemberian vaksin setakat semalam melebihi 9.6 juta dos.

Beliau berkata ini jelas menunjukkan komitmen dan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan berada dalam landasan tepat dan berdasarkan pemulihan.

“Dengan usaha kerajaan melalui pemerkasaan pemberian vaksin, penelitian situasi semasa melalui fasa-fasa pemulihan dan pakej-pakej rangsangan ekonomi, saya berharap persidangan Parlimen yang akan datang terus mengutamakan rakyat dan kebajikannya.

“Tidak ada puak yang cuba membelakangkan keutamaan kepada rakyat dengan sebarang usaha rampasan kuasa. Kini kita perlu bersatu demi rakyat dan Malaysia, bukan masa untuk berpolitik,” katanya.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi