Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Bimbang pusat kebajikan warga emas menjadi kelompok jangkitan kedua terbesar

Jun 18, 2021

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai meluahkan rasa kebimbangan terhadap pusat kebajikan warga emas yang sedang menjalani diagnosis tetapi dijangkiti COVID-19.

Isu ini tidak boleh diabaikan kerana ia akan mencetuskan gelombang COVID-19 terbaharu dan sekaligus menyebabkan jumlah kematian yang akan terus meningkat .

Menurut sumber, beliau mengatakan bahawa banyak pusat kebajikan di negara ini telah mengemukakan pendaftaran janji temu vaksinasi, tetapi tidak ada tindakan selanjutnya dibuat.

Contohnya, kebanyakan pusat kebajikan warga emas di Pulau Pinang sudah mendaftar untuk vaksinisasi, dan banyak warga emas yang masih menunggu untuk divaksinisasi.

“Kami tidak mahu melihat pusat kebajikan warga emas menjadi kelompok jangkitan kedua terbesar di negara kita selepas kluster kilang-kilang.”

“Kami memahami keletihan petugas barisan hadapan dan amat bersimpati dengan pengorbanan mereka,” jelasnya.

Pada pendapat saya, semua pihak harus berkerjasama termasuk rakyat kita kerana itu sahaja kunci untuk kita menghapuskan pandemik COVID-19.

Beliau percaya bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah memberi keutamaan kepada warga emas, terutamanya warga emas di pusat kebajikan dan rata-rata usia warga emas yang lebih daripada 60 tahun.

Di pusat kebajikan, mereka hidup secara berkumpulan dan kebanyakan mereka sedang menghidap penyakit kronik, dengan secara tidak langsung, risiko mereka berjangkit dengan COVID-19 akan meningkat.

Sehubungan itu, sekiranya vaksin diberikan secepat mungkin kepada semua warga emas, keselamatan mereka lebih terjamin dan pada masa yang sama, mereka dapat menghindari daripada penularan wabak COVID-19 secara mendadak.

Menurut pemahaman beliau, sejak wabak COVID-19 melanda negara, semua pusat kebajikan warga emas di negara telah mengetatkan SOP di tempat kediaman mereka.

Melawat adalah dilarang dan ruang aktiviti untuk warga emas terbatas di dalam pusat kebajikan sahaja.

“Saya faham bahawa bukan semua warga emas mempunyai telefon bimbit dan aplikasi MySejahtera, dan beberapa warga emas juga tidak tahu untuk mengisi borang.”

“Bagi saya sistem pendaftaran dan pengisian temu janji yang rumit perlu dipermudahkan untuk memastikan bahawa pendaftaran temu janji mencapai kesan berlipat ganda.”

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga harus memahami bahawa bukannya semua warga emas berupaya pergi ke Pusat Pemberian Vaksin, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit kronik, inisiatif yang tepat adalah penyediaan Trak Vaksin Bergerak.

Dominic Lau menekankan bahawa KKM harus mengaturkan pendaftaran temu janji di pusat kebajikan warga emas di negara kita untuk mempermudahkan prosedur-prosedur vaksinasi.

Selain itu, beliau juga menyarankan agar KKM mengambil inisiatif untuk melancarkan program vaksinasi di kalangan komuniti dengan menyediakan Trak Vaksin Bergerak ke pusat kebajikan warga emas.

Beliau sekali lagi berharap bahawa KKM boleh memberi perhatian yang lebih kepada pusat kebajikan warga emas agar penularan wabak COVID-19 akan berhenti.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi