Berita Gerakan

‘Bincang dengan KKM dulu supaya rakyat tak keliru’

Apr 13, 2020

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mengumumkan pembukaan semula sembilan sektor perniagaan bagi fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 April ini perlu berasaskan koordinasi dan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada ia boleh meningkatkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), H Puvaniten berkata, rakyat tidak mahu sebarang kekeliruan tercetus berikutan terdapat sektor-sektor diumumkan boleh menyumbang kepada kontak rapat sekali gus menjurus kepada peningkatan kes.

Menurutnya, pada fasa ketiga PKP, amat penting bagi kerajaan memutuskan sepenuhnya rantaian penularan wabak Covid-19 dengan kerajaan harus konsisten untuk mengkaji semula sektor-sektor dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP ini.

“Kita dapat lihat kebenaran beberapa sektor perniagaan beroperasi semula bermula fasa ketiga PKP mendapat reaksi negatif pelbagai lapisan masyarakat susulan berpotensi mengundang kemunculan kluster baharu Covid-19.