Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Cadang KM, exco sumbang sebulan gaji bantu rakyat Pulau Pinang

Okt 16, 2020

GEORGETOWN – Pemuda Gerakan Pulau Pinang mencadangkan semua Exco Kerajaan Negeri termasuk Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyumbangkan gaji mereka untuk membantu rakyat di Pulau Pinang yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Jurucakapnya, Mohd Aswaad Jaafar berkata, kerajaan negeri harus bertanggungjawab penuh atas penularan wabak Covid-19 yang serius melanda negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, kini Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Jawi menjadi lokasi jangkitan terbaharu yang melibatkan banduan serta merisikokan kakitangan penjara selain turut menjejaskan ahli keluarga mereka.

“Kerajaan negeri harus bertanggungjawab atas pengabaian mereka. Sebagai pengerusi majlis keselamatan negeri, Kon Yeow dilihat tidak mengambil langkah respon yang tepat dan menyebabkan wabak itu menyebar dengan cepat.

“Ketua menteri dan semua exco negeri mesti menderma gaji satu bulan untuk membantu rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri boleh menubuhkan tabung dana sumbangan untuk rakyat Pulau Pinang bagi melawan Covid-19 atau memberikan bantuan relevan melalui pelbagai saluran lain.

Katanya, sekiranya wabak itu terus merebak di negeri ini dan lebih banyak orang terjejas, Kon Yeow dan ahli exco kerajaan negeri harus menyumbangkan gaji mereka untuk membantu rakyat.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi