Siaran Akhbar

Cadangan Saringan Covid-19 Secara Besar-Besaran di Zon Merah

Jun 1, 2021

Tempoh Total Lockdown ini adalah satu tempoh ‘cooldown’ yang beri kesempatan kepada kerajaan untuk melaksanakan pelbagai usaha bagi mengawal penularan Covid-19.

Saban hari kes jangkitan Covid-19 mencecah angka beribu. Tempoh ini dapat mengehad pergerakan berkelompak dalam kalangan masyarakat. Namun, ada kemungkinan bahawa mereka yang telah dijangkiti belum dikenalpasti kerana kebanyakan kes positif tidak mempunyai simptom.

Ini adalah masanya supaya kerajaan melakukan saringan besar-besaran di zon-zon merah.
Saya percaya ia mesti berkesan jikalau saringan Coivd-19 dibuat sekarang kerana pergerakan sudah dikawal, kes jangkitan harian 2 minggu dari hari ini pasti turun mendadak kerana rantaian penyebaran virus diputuskan apabila mereka yang didapati positif dihantar ke pusat kuarantin.

Setahun dari penularan wabak Covid-19, proses dan pengendalian saringan sudahpun matang dan diperkenalkan di klinik swasta seluruh Malaysia, untuk kedua-dua kaedah saringan iaitu RT-PCR dan RTK-Antigen. Keputusan saringan juga dapat diterima dalam jangka masa sehari. Jadi, pelaksanaan saringan boleh diagihkan kepada klinik-kinik swasta yang berada dalam zon merah supaya saringan penuh ini boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaluddin telahpun mengumumkan beberapa langkah untuk mempercepat kadar imunisasi. Jadi adalah tepat pada masanya, sekiranya saringan besar-besaran dibuat serentak dengan inisiatif kerajaan yang baru ini.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA