Berita Gerakan

COVID-19: Dominic Minta DAP Jawab 10 Soalan

Jun 23, 2021

23 JUN: Presiden Nasional Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, hari ini,  mendesak pemimpin DAP menjawab 10 soalan sebelum parti pembangkang berkenaan sibuk mengkritik usaha berterusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani penularan wabak COVID-19.

Dominic berkata beliau tidak berpuas hati dengan sikap pemimpin DAP yang sekadar tahu mengkritik kerajaan tanpa menyumbang dalam menghentikan penularan wabak COVID-19.

“DAP mengabaikan usaha dan kerjasama seluruh warganegara yang kini bermati-matian dalam mengekang pandemik COVID-19. Sebaliknya mereka teruskan propaganda politik mereka dengan membuat serangan dan fitnah kepada kerajaan PN dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

“Saya juga meragui apakah peranan yang dimainkan oleh DAP dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Adakah kewujudan DAP hanya demi menumbangkan kerajaan, tanpa mengambil berat negara yang berada dalam keadaan porak peranda akan memberi kesan kepada pembangunan negara?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu Dominic menasihati DAP yang mempunyai 42 ahli Parlimen supaya jangan membantutkan usaha seluruh rakyat untuk menewaskan COVID-19 sekiranya mereka tidak ingin menghulurkan bantuan dalam medan peperangan ini.

“Rakyat merasa meluat dengan kekacauan politik. Maka, sudah tiba masanya untuk DAP menghentikan segala permainan politik mereka, bekerjasama dengan kerajaan untuk memerangi wabak COVID-19.

“Bagaimanapun tidak nafi bahawa terdapat kekurangan dalam usaha kerajaan membanteras penularan COVID-19, tetapi beliau berpendapat kerajaan tetap mencuba sedaya upaya untuk menewaskan pandemik ini. Ataupun DAP enggan mengakui usaha kerajaan PN dan anggota barisan hadapan dalam menewaskan COVID-19 selama ini?” soalnya lagi.

Berikutan itu Dominic mengemukakan 10 soalan kepada DAP untuk mengesahkan sama ada parti pembangkang berkenaan hanya tahu mengacaubilaukan keadaan politik negara kita semata-mata atau sebaliknya.

Senarai soalan perlu dijawab DAP:

1. Apakah peranan yang dimainkan DAP dalam arena politik negara kita?

2. Adakah mempolitikkan segala isu telah menjadi satu kebiasaan DAP?

3. Adakah motif sebenar DAP berkeras untuk membuka semula persidangan Parlimen adalah untuk menumbangkan kerajaan?

4. Mengapakah DAP menolak penubuhan jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang bagi meninjau hal pembukaan Parlimen? Apakah agenda tersembunyi DAP dalam isu ini?

5. Adakah DAP tidak dapat menerima dan mengakui jasa dan sumbangan kerajaan PN dan anggota barisan hadapan dalam usaha memerangi COVID-19?

6. DAP mengutamakan kepentingan rakyat atau profit politik mereka ketika mengendali dan menangani sebarang isu?

7. Adakah DAP sanggup melepaskan prinsip mereka atau bekerjasama dengan mana-mana parti demi kepentingan politik mereka?

8. Adakah DAP berharap melihat negara kita dalam keadaan huru-hara, dan adakah DAP merasa gembira sekiranya rakyat membenci kerajaan?

9. Adakah perampasan kuasa dan penggulingan kerajaan merupakan satu-satunya agenda politik DAP?

10. Adakah DAP sedia bekerjasama dengan kerajaan PN untuk memerangi COVID-19, dan sudi mengetepikan perbezaan pendirian politik demi rakyat?

槟政府需加强大道工程安全措施 避免人命伤亡意外

槟政府需加强大道工程安全措施 避免人命伤亡意外

(槟城18日讯)民政党槟州投诉局主任黄义恩,促请槟州政府务必即刻加强亚依淡衔接敦林苍佑大道建筑工程的各项安全措施,以避免发生任何不必要的人命伤亡意外事件,并对于所有在此建筑工程进行中所发生的意外,而蒙受财物损失的人民提供合理的赔偿!

baca lagi
印尼火山爆发 影响航班 黄佳祯滞留沙巴

印尼火山爆发 影响航班 黄佳祯滞留沙巴

(居林18日讯)印尼西苏拉威西省鲁仰火山爆发,导致我国来往东马的航班受影响,目前人在沙巴的吉打州行政议员黄佳祯,或无法如期回到西马,出席本周六举办的吉打州州级泼水节庆典。

baca lagi
民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi