Berita Gerakan

Cukuplah Main Politik, Fokus Banteras COVID-19 Dulu-GERAKAN

Jun 21, 2021

21 JUN: Ahli politik di negara ini khususnya ahli Parlimen diseru menumpukan segala perhatian mereka dalam usaha membanteras COVID-19 berbanding terlibat dengan polemik politik.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau turut menggesa agar ahli Parlimen tidak terjebak dalam sebarang usaha rampasan kuasa yang kian diperkatakan melalui pengumpulan perakuan berkanun (SD) dalam kalangan ahli Parlimen.

“Cukup-cukuplah, rakyat dah letih dengan propaganda politik. Sekarang, masanya untuk bersama dengan rakyat, merangka agenda menangani pandemik.

“Yang perlu kita tumpaskan ialah COVID-19 dan bukannya kerajaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui terdapat usaha mengumpul akaun bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Ahmad Maslan mendedahkan ada usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Memetik laporan sebuah portal semalam, Ahli Parlimen Pontian itu bagaimanapun berkata dia tidak didekati oleh mana-mana individu untuk menandatangani SD berkenaan.

Justeru, Dominic Lau menyeru ahli parlimen yang menyokong kerajaan tidak terpedaya dengan konsep muafakat palsu yang dibawa oleh puak pembangkang

Di mana, tegas beliau, matlamat utama pembangkang hanya satu iaitu politik rampas kuasa.

“Kerajaan dah umumkan fasa-fasa pemulihan, kementerian-kementerian seperti MOSTI dan Kesihatan bertungkus-lumus dalam meratakan keluk COVID-19 dan mencapai sasaran imuniti kelompok mengikut jadual.

“Selepas itu kita serahkan kepada rakyat untuk pilih kerajaan, itulah asas demokrasi”katanya.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut menyebut wujud usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Fahmi berkata, beberapa ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan kepimpinan utama parti mereka sedang berusaha mendapatkan SD itu bagi meraih sokongan untuk mendapatkan jawatan di dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan. – OLEH AIMAN SADIQ ABDULLAH 

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi