Berita Gerakan

DAP P.Pinang tidur, gagal tetapkan rancangan tempatan – Gerakan

Apr 12, 2022

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang menyifatkan kerajaan DAP negeri ini sedang tidur selepas gagal menetapkan rancangan tempatan walaupun sudah 14 tahun memerintah.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, pelbagai alasan tidak munasabah diberikan kerajaan negeri selepas gagal menetapkan rancangan itu selama ini.

Selain itu, jelas beliau, kenyataan yang dikeluarkan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh juga menunjukkan kerajaan DAP tidak cekap dan kompeten sepertimana yang digambarkan kepada rakyat Pulau Pinang.

“Jagdeep mendakwa penetapan Pelan Rancangan Tempatan negeri mesti mengikut prosedur undang-undang dan perlu mengambil kira pandangan rakya menyebabkan sehingga kini ia tidak dapat dimuktamadkan.

“Bagaimanapun, yang menjadi persoalan kini ialah DAP sudah mentadbir Pulau Pinang sejak tahun 2008 namun, rancangan tempatan negeri masih tidak dapat ditetapkan.

“Adakah kerajaan PH Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP tidur selama 14 tahun ini? ” soal Tong Keong.

Mengulas lanjut Tong Keong berkata, Pelan Rancangan Tempatan Pulau Pinang bahagian Pulau harus dimuktamadkan dengan segera supaya kerajaan tempatan dapat melaksanakan penilaian KPI (Petunjuk Prestasi Utama) ke atas semua ahli majlis.

Kata beliau, setakat ini hanya Pelan Rancangan Tempatan Seberang Perai dapat disediakan dan akan dipamerkan untuk orang awam dalam dua bulan nanti manakala Pelan Rancangan Tempatan Bahagian Pulau masih belum siap disediakan.

“Ini sekali gus menunjukkan Ahli Jawatankuasa Perancangan Negeri tidak melaksanakan perancangan pelan bahagian pulau.

“Kita percaya bahawa kerajaan negeri tidak berani mendedah atau mempamerkan Pelan Rancangan Tempatan Pulau Pinang kerana mereka takut menyinggung perasaan pihak pemaju atau konsortium selain turut membantutkan pihak tertentu merealisasikan agenda politik mereka.

“Sehubungan itu, kita turut menggesa Jagdeep untuk memberi penjelasan berhubung dengan tempoh masa untuk kerja perancangan Pelan Rancangan Tempatan Bahagian Pulau,” kata beliau.

Dalam masa sama, Tong Keong mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis DAP selain menarik sokongan terhadap mereka dalam pilihan raya yang akan datang. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi