Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

DAP perlu berhenti mempolitikkan isu pengisytiharan darurat

Jan 14, 2021

Parti Gerakan Rakyat Malaysia meminta DAP untuk berhenti mempolitikkan isu pengisytiharan darurat atas kepentingan peribadi. Sebaliknya, mereka patut fokus usaha untuk membantu dalam memerangi penularan wabak COVID-19 dan menjaga kebajikan semua rakyat yang terkesan akibat daripada bahana pandemik yang telah berlanjutan hampir setahun ini.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong  oleh segelintir pemimpin DAP, seperti penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menunjukkan ketidakhormatan dan ketidaksetiaan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya ingin mengingatkan semua pemimpin DAP bahawa semasa Yang di-Pertuan Agong menolak permintaan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat pada 26 Oktober 2020 lalu, mereka telah memuji akan kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Mengapa kali ini mereka mempertikaikan keputusan yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong? Ini menunjukkan bahawa DAP hanya mementingkan kepentingan diri mereka sendiri dan tidak pernah mengutamakan kepentingan rakyat.”

Beliau mendesak rakyat agar tidak terpengaruh dengan pembohongan DAP kerana satu Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan darurat dilakukan secara adil dan telus. Jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.

Beliau juga berkata, pakar-pakar undang, termasuk bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram telah menyambut baik pengisytiharan darurat baru-baru ini. Selain itu, Gopal Sri Ram juga menegaskan ia sebenarnya juga boleh dilaksanakan pada tahun lepas semasa kali pertama usul itu dicadangkan.

Beliau mengecam DAP kerana terus menerus memainkan sentimen politik berbaur hasutan untuk mengecam tindakan kerajaan tatkala negara sedang berdepan situasi genting dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Kelakuan mereka ini sangat tidak semenggah dan perkara sebegini tidak sepatutnya diberikan sebarang perhatian sama sekali.

禁穆斯林庆祝圣诞节 温蒂:分化各族关系

禁穆斯林庆祝圣诞节 温蒂:分化各族关系

(新山25日讯)民政党副总秘书温蒂对登嘉楼州宗教司局禁止该州穆斯林庆祝佳节感到非常失望,并表示登州穆斯林裁决理事会(Fatwa)的决定,是促使穆斯林带有歧视的态度来看待其他宗教节日,分化各族之间的关系。 她感叹,穆斯林被禁止庆祝圣诞节的问题,几乎是每年到了圣诞季节都会出现的争议,但这些问题都不曾在东马发生。 “沙巴和砂拉越的居民可以不计宗教背景,参与其他宗教节庆,尤其是圣诞节也可看到不同种族和宗教的人一同游行报佳音。”...

baca lagi