Berita Gerakan

DAP Pulau Pinang kerana tidak mendengar suara ahli akar umbi partinya.

Mac 8, 2023

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengecam Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang kerana tidak mendengar suara ahli akar umbi partinya.

Beliau berkata, kepimpinan DAP Pusat telah melantik anak kepada bekas Naib Pengerusi Kongres India Se-Malaysia (MIC), Dr Lingeshwaran yang baru 2 bulan menyertai parti DAP sebagai Senator. Ia telah menyebabkan 24 cawangan DAP Pulau Pinang tidak berpuas hati.

“Pada Isnin lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah mengosongkan kerusi 4 ADUN Perikatan Nasional (PN) untuk melenyapkan suara Pembangkang di Pulau Pinang.”

“Pada masa yang sama, mereka juga tidak menghiraukan suara akar umbi partinya. Ini telah menunjukkan DAP bersifat diktator dan tidak akan mendengar suara rakyat serta akar umbi partinya.”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, DAP Pulau Pinang tidak mendengar suara akar umbinya. Ini akan mengecewakan kesemua akar umbi DAP.

“Jika parti politik tidak mendengar suara akar umbinya, mereka juga tidak akan mendengar suara rakyat”.

“Ini menunjukkan DAP hanya bertopengkan panji demokrasi untuk diktator.”

Dominic Lau berharap rakyat Pulau Pinang dapat melihat sisi sebenar DAP dan menyokong calon PN dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

“Ini akan mengukuhkan pasukan PN di DUN Pulau Pinang, untuk memastikan suara parti pembangkang dapat didengar dan hapuskan satu parti menguasai DUN.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI