Berita Gerakan

Dapat RM12 juta, namun J-Kom jauh menyimpang

Mac 30, 2023

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara mempersoalkan keputusan kerajaan memberi peruntukan yang sangat besar iaitu sebanyak RM12 juta kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Senator Dato Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, bagaimana peruntukan bagi pembangunan akan digunakan oleh sebuah agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Adakah J-Kom jaga imej kerajaan campuran apabila Mohammad Agus Yusoff yang juga Ketua Pengarah J-Kom seperti sudah menjadi jurucakap tidak rasmi kerajaan perpaduan.

“Mengapa saya kata begitu, rakyat hendak tahu mengapa Perdana Menteri pergi Arab Saudi, tetapi tidak jumpa raja mereka, dia terus keluarkan kenyataan salahkan pembangkang.

“Seterusnya dia sibuk untuk buat apa hentikan tindakan mengugat kerajaan campuran ini,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Agus sebelum ini menyatakan lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sebagai berjaya ketika kebanyakan pihak mendakwa suatu kegagalan.

Dominic Lau turut menasihat bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu supaya memahami tujuan dan fungsi sebenar penubuhan jabatan tersebut oleh kerajaan.

“Saya nak ingatkan J-Kom bahawa fungsi yang tercatat dekat sini jelas menunjukkan tujuannya untuk membina komuniti, membangun komuniti dan memimpin komuniti.

“Bukannya menjadi jurucakap kepada kerajaan campuran ini, jadi saya memohon menteri yang berkenaan bagi tahu bagaimana peruntukkan RM12 juta boleh digunakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/3/2023

和谐福祉社会得来不易 黄佳祯吁珍惜各族团结

和谐福祉社会得来不易 黄佳祯吁珍惜各族团结

(居林22日讯)吉打州华裔事务委员会主席黄佳祯认为,今年卫塞节的主题“和谐相处,福祉社会”有着美好的愿景,但是讲易做难。由于国家独立以来人民的生活融洽得来不易,所以吉打州政府关注宗教之间的和谐与融洽。

baca lagi