Siaran Akhbar

Dasar 4IR Negara Merupakan ‘GAME CHANGER’ Bagi Anak Muda Malaysia

Jul 10, 2021

Pemuda GERAKAN menyambut baik pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ekonomi) Dato’ Sri Mustapa bin Mohanmed minggu lepas.

Seperti mana yang saya cadangkan dalam salah satu kenyataan media, saya menyentuh tentang kenaikan taraf infrastruktur jalur lebar dan transformasi perkhidmatan awam kepada dalam talian yang wajarnya dipercepatkan supaya urusan dengan agensi kerajaan tidak tergendala dalam tempoh Total Lockdown ini. Sekiranya urusan seperti permohonan bisnes, penyerahan salinan dokumen, mesyuarat dll, secara dalam talian dapat dilaksanakan, sekurang-kurangnya urusan ke agensi kerajaan tidak berkumpul sehingga selepas pembukaan semula sektor ekonomi untuk diselesaikan. Saya juga mencadang bahawa selain daripada kelajuan internet melalui teknologi 5G dan fiber optik, kerajaan harus memastikan ekosistem laman sesawang adalah kebal daripada serangan siber untuk memastikan keyakinan pengguna dan supaya maklumat dalam portal kerajaan tidak digodam.

Dasar 4IR Negara diperkenalkan dengan matlamat meningkatkan kesediaan negara dalam memanfaatkan potensi 4IR. Empat teras utama iaitu (1) melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR, (2) membentuk negara yang mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital, (3) menyediakan peraturan yang sesuai dengan keperluan masa hadapan supaya disesuaikan dengan perubahan teknologi, dan (4) mempercepat inovasi serta penerimagunaan teknologi 4IR, amat selari dengan matlamat untuk memanfaatkan rakyat dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Anak muda terutamanya mereka yang mengganggur baru-baru ini patut mengambil kesempatan untuk memanfaat daripada inisiatif-initiatif yang diperkenalkan melalui teras yang pertama di bawah dasar ini. Kerajaan boleh memperkenalkan pelbagai dasar, tetapi keberkesanan dasar bergantung kepada sambutan daripada rakyat. Kerajaan bercita-cita untuk mencapai status negara membangun, namun keinginan dan kesungguhan rakyat yang menentukan pencapairan hasrat tersebut.

Semoga kita dapat mengharungi cabaran ini dan berbangkit dengan lebih berdaya melalui Dasar 4IR ini.

WONG CHIA ZHEN
PEMANGKU KETUA PEMUDA NASIONAL
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA